Punca sebenar pernikahan Sham Kamikaze & Nurul Halimin tidak sah dan terbatal!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Punca sebenar pernikahan Sham Kamikaze & Nurul Halimin tidak sah dan terbatal!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Berita gempar buat peminat industri hiburan tempatan di mana status pernikahan Sham Kamikaze dan isteri barunya, Nurul Halimin pada 16 Januri 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang tidak sah dan terbatal dengan sendirinya selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Susulan itu, pasangan ini diperintahkan oleh Hakim syarie, Kamarulzaman Ali untuk difarakkan atau dibubarkan serta-merta mulai hari ini, 27 Jun 2014, dan sijil pernikahan mereka dilupuskan setelah disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT).

Menurut portal rotikaya, pembatalan status perkahwinan Sham Kamikaze dan Nurul Halimin adalah berpunca daripada penggunaan wali hakim yang tidak sah selain diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Sementara itu, anak mereka iaitu Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah sah anak kandung Sham Kamikaze dan diputuskan sama taraf.

KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus