PADAH Samun Jururawat "BERANI"... Baca Apa yang Berlaku Pada Lelaki Ini!
KUCHING: Perompak dihempas dengan pintu kereta beberapa kali oleh seorang jururawat yang bertindak berani melawan perompak terbabit di pekarangan Hospital Umum Sarawak (HUS) petang kelmarin.
Difahamkan, insiden berlaku ketika jururawat berusia 39 tahun itu baharu memasuki keretanya apabila seorang lelaki yang tidak dikenali juga menyerbu masuk ke tempat duduk belakang dan terus mengacu pisau ke leher mangsa.
Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri daripada suspek yang kemudian terus bertindak keluar dari keretanya dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6 petang itu.
“Mangsa semasa cuba menyelamatkan diri cuba ditarik semula oleh suspek namun tindakan pantasnya dengan menghempas pintu kereta beberapa kali ke arah suspek menyebabkan suspek mengalami kecederaan dan tidak mampu menghalang mangsa melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.
Beberapa pengawal keselamatan HUS yang menyedari insiden tersebut kemudian berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sehingga berita ini ditulis semalam, suspek yang berasal dari Matang itu, dilaporkan masih ditahan di balai polis dan akan direman sementara siasatan lanjut pihak polis dijalankan.
UTUSAN BORNEO

ADA SEBARANG KOMEN??