BONGKAR! Dakwaan Terima Panggilan Dari Kokpit MH370 - Pihak Polis TAMPIL BERI PENJELASAN!
BONGKAR! Dakwaan Terima Panggilan Dari Kokpit MH370 - Pihak Polis TAMPIL BERI PENJELASAN!
Laporan yang menyebut bahawa Kapten
Zaharie Ahmad Shah membuat panggilan telefon daripada kokpit pesawat
MH370 sebelum berlepas pada 8 Mac lalu semata-mata spekulasi.
Diminta mengulas laporan The Sun United Kingdom, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menjawab melalui SMS:
“Semua ini spekulasi”.
Zaharie menjadi tumpuan siasatan bagi menentukan apa yang berlaku kepada pesawat ke Beijing yang membawa 229 penumpang itu.
The
Sun melaporkan, penyiasat cuba mengesahkan sama ada juruterbang
bercakap sebelum MH370 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi.
Ekoran
itu, simulator juruterbang turut dirampas dan Biro Siasatan Persekutuan
(FBI) turut terlibat mendapatkan semula data yang telah dipadam.
Khalid juga berkata, tiada perkembangan baru berhubung perkara itu.
“Belum lagi,” katanya. - Malaysiakini
ADA SEBARANG KOMEN??