PANAS! AKHBAR CHINA SINDIR GAMBAR SELFIE NAJIB & OBAMA (2 Gambar)

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

PANAS! AKHBAR CHINA SINDIR GAMBAR SELFIE NAJIB & OBAMA (2 Gambar)

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Akhbar berbahasa Inggeris dengan edaran terbesar di China, China Daily, mengecam foto selfie Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dalam kaitan dengan hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370. Akhbar itu memuat naik gambar kartun mengkritik Obama dan Najib.

Menurut akhbar itu foto selfie kedua pemimpin negara itu tidak sesuai dan tidak menghormati keluarga penumpang MH370, seperti yang dilaporkan oleh laman web Business Insider, Rabu (30/4).

Kartun di akhbar itu memaparkan gambar Obama dan Najib dengan serpihan pesawat Malaysia Airlines di latar belakang mereka. Lalu ada tulisan "Tidak sesuai" buat mengecam perbuatan dua pemimpin negara itu.

Kerajaan Malaysia selama ini kerap dikecam atas buruknya pengendalian hilangnya pesawat MH370 sejak enam minggu lalu. Lebih dari 150 dari 239 penumpang pesawat itu warga China.

Usaha pencarian MH370 masih terus dilakukan di dasar Lautan Hindi dipimpin oleh Australia.
Sumber Dari: Merdeka.com

KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus