ISU LAPORAN AZAN PAK SAID - Pengerusi Masjid Pula Tampil Beri Penjelasan!!!
PASIR GUDANG: Masjid Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang mendakwa alunan azan serta tahrim yang dilaungkan tidak terlalu kuat sehingga mengganggu jiran berdekatan.
Malah bukan speaker yang digunakan tetapi hanya kira-kira 11 corong pembesar suara yang diletakkan iaitu 4 di menara dan 7 di pencawang.
Pengerusi masjid, Mohd Arif Ayub berkata masjid ini sangat berdekatan dengan taman perumahan yang kebanyakkan adalah orang Islam.
Malah terdapat 29 rumah yang berada rapat dengan masjid, tetapi hanya Mohd Said sahaja yang membuat laporan polis, sedangkan jiran lain merasa tidak terganggu.
“Semua ahli jawatankuasa masjid dan penduduk telah berbincang dan mengatakan ia tidak terlalu kuat. Hanya seorang sahaja yang berkata ia menggangu. Kenapa benda ni berlaku dan dibawa ke laporan polis? Sepatutnya ia dibawa dulu ke pengerusi masjid, penghulu ataupun jabatan agama. Itu yang terbaik sekali kerana jabatan agama akan menasihati kita. Kami pernah mendapat komen dari penduduk dan jabatan agama beritahu kami dan kami terus ambil tindakan,” kata Mohd Arif.
Bagi jiran selang empat buah rumah dengan pengadu, Nor Aishah Sulaiman berkata dia tidak pernah rasa terganggu dan tertekan dengan alunan azan atau kegiatan lain yang pihak masjid jalankan.
Katanya, pernah satu ketika pihak masjid menurunkan volume pembesar suara dan penduduk yang berjauhan dengan masjid tertanya-tanya tentang waktu azan kerana tidak kedengaran.
“Selaku jiran sebelah masjid dan penduduk, kami rasa terganggu dengan speaker azan, tahrim kuliah dan sebagainy seperti yang disiarkan di Facebook dan internet. Kami tak tertekan sebab dia bukan 24 jam berbunyi, hanya pada waktu azan, kuliah serta fardhu ain sahaja," kata Noraishah.
Sementara itu Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, A.Rahim Latif berkata pihaknya akan menaikkan ketinggian corong pembesar suara dari 30 kaki kepada 60 kaki agar tidak kuat kepada penduduk berdekatan dan masih boleh didengari bagi mereka yang jauh.
Namun katanya, ia memerlukan masa kerana kekurangan dana untuk berbuat demikian.
Setakat ini pihak masjid telah memperlahankan sedikit pembesar suara dari 100 peratus kepada 50 peratus.
"Kita telah berjumpa dengan pihak pengadu dan pihak masjid. Pihak masjid telah mempertimbangkan aduan pihak pengadu. Pada peringkat awal memang kita sedar kedudukan tiang speaker ini dekat dengan rumah beliau iaitu dengan ketinggian 30 kaki. Kita akan usaha untuk dapatkan dana untuk meninggikan menara dari kedudukan asal," kata beliau.
Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan turut tampil untuk memberikan keterangan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kata beliau, pihak pengadu merupakan seorang yang selalu berjemaah di masjid berkenaan dan bukanlah anti-azan seperti yang dakwaan di blog-blog dan media sosial sebelum ini (Baca penuh disini)
Kredit: Astro Awani
ADA SEBARANG KOMEN??