Apa itu Kotak Hitam? Apa Kepentingannya? Bagaimana Fungsinya?
Jika anda mengikuti perjalanan usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) nombor penerbangan MH370, pastinya anda telah mendengar istilah “black box” atau kotak hitam disebut beberapa kali dalam perbincangan atau berita yang dilaporkan dari wartawan dari pelbagai agensi media.
Namun, tahukah anda apa itu kotak hitam di dalam pesawat dan apa kepentingannya?
Kotak
hitam ialah sejenis alat khusus untuk merakamkan perjalanan penerbangan
sesebuah pesawat dari aspek sistem teknikal pesawat dan juga perbualan
juruterbang di dalam pesawat.
Dalam
terma teknikal ia dikenali sebagai ‘Flight Data Recorder (FDR)’ atau
juga dikenali sebagai ‘Accident Data Recorder (ADR)’. Sebuah lagi alat
merakam perjalanan penerbangan dikenali sebagai ‘Cockpit Voice Recorder
(CVR)’.
FDR
atau ADR akan merakamkan setiap isyarat elektronik dan teknikal yang
dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi ketinggian, kelajuan
dan penggunaan peralatan dalam sesebuah pesawat.
Manakal
CVR pula merakamkan perbualan antara juruterbang dan pembantu serta
komunikasi juruterbang dengan pengendali menara kawalan trafik udara
sepanjang penerbangan sehingga tamat sesebuah penerbangan pada saat
enjin pesawat dimatikan selepas mendarat dan diparkir di lapangan
terbang.
Oleh
itu, di dalam sesuatu nahas pesawat terhempas, penemuan kotak hitam ini
amat perlu kerana data yang diperoleh daripada rakaman akan membantu
keseluruhan siasatan dan mengenalpasti punca sesebuah kemalangan itu
berlaku.
FDR
dan CVR akan mula merakamkan data penerbangan bermula apabila enjin
pesawat dihidupkan, pemeriksaan senarai langkah untuk berlepas (take-off
checklist) dan juga apabila pesawat sudah mula bergerak (taxi),
berlepas dan mendarat.
Jika
kemalangan berlaku, keutamaan pertama ialah untuk mencari bangkai
pesawat dan seterusnya mencari kotak hitam pesawat berkenaan.
FDR
dan CVR direka berwarna jingga supaya ia mudah dikesan jika pesawat
terbakar, terbenam di dasar laut dan juga jika ia terselindung di dalam
hutan atau salji.
Pihak
penyiasat akan mendengar dan meneliti setiap data di dalam alat
berkenaan supaya mereka boleh mereka semula pergerakan pesawat
menggunakan lakaran grafik dari permulaan pesawat berlepas sehingga
nahas berlaku.
Dalam
kes pesawat Air France yang dalam penerbangan dari Rio De Jeneiro,
Brazil ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 1 Jun 2009,
kotak hitam atau FDR/CVR hanya dapat dikesan selepas dua tahun nahas itu
berlaku kerana lokasi pesawat berkenaan ialah di dasar lautan yang
sangat dalam.
Kejadian
itu melibatkan pesawat jenis Airbus A330-203 yang terhempas di Lautan
Atlantik membunuh kesemua 216 penumpang dan 12 anak kapal.
Kerana
itulah, keutamaan pasukan mencari pesawat MH370 pada ketika ini ialah
untuk mengenalpasti lokasi pesawat berkenaan sebelum mencari kotak hitam
berkenaan bagi memulakan siasatan mencari punca kejadian. –
MYNEWSHUB.MY
Hanya Kotak Hitam Dapat Selesaikan Misteri MH370
KUALA
LUMPUR- 25/3/2014 Nasib penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines
sejak 16 hari lepas, terjawab malam tadi menerusi pengumuman Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan itu berakhir di
selatan Lautan Hindi.
Berdasarkan
rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang
dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.
Perdana
Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan Siasatan
Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh
Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan
kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
“Kawasan
ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan.
Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan
bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan
Lautan Hindi,” kata Najib
Pesawat
itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke
Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac,
setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.
Pada
Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa
objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.
Pihak
berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan
butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu. – BERNAMA
ADA SEBARANG KOMEN??