PENDEDAHAN EKSLUSIF! SETAHUN SEBELUM PERISTIWA MH370
Teori
konspirasi lagi - seperti biasa yang berminat saja baca yer... yang tak
minat jangan baca nanti pening sebab teori konspirasi ini memerlukan
pemikiran yang kuat.
SETAHUN SEBELUM PERISTIWA MH370
Oleh : Imran Haaz
Bismillahir
Rahmanir Raheem..2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya
menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas
negara ini.
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara
Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan
sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan.
Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara,
maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga,
meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan
sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang
digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa
saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat
dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan
Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta
perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.
Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?
Pada
Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak
BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk
memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia,
India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika
dan Euro.
Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :
1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei
Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah
mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi
baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem
ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang
menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid
hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang
yang diberikan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak
masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu
putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan
kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan
mereka dirampas.
Beginilah
cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai
wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan
mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang
tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan
sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.
Semua
ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan
agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik.
Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar
Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan
mereka.
Tiada
siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr.
Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun
Dr. Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang
pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera
untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa
perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah
takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.
Berbeza
dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah
kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media
mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari
sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia
sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan
keupayaan perang yang digeruni.
Apabila
Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini
merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi
termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Russia
tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada
janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington
telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya
menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam
yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam
NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada
sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.
Washington
menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali.
Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi
satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu,
satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan
sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar
Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet
dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara
Amerika dan Russia.
Lewat
beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan
kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan
kepada akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang
menjalankanAncshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang
memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu
benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.Bermula 2013,
Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin
politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut
oleh negara barat.
Vladimir
Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi
membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan
golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa
yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian
besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan
ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah,
politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali
secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah
berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.
Keruntuhan
Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk
menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus
merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia
menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga
memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk
menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri
daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar
Russia.
Dari
cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan
mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai
apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir.
Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula
dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan tindakan yang sama
dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila
negara menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan
kolum kelima yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal
mencapai matlamat.
Vladimir
Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun
Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang
untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan
Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan
sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle
Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30
tahun dahulu.
Tiada
guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera
Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap
seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada
jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang
maruah Amerika dengan penuh bergaya.
Tetapi
Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak
memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan
sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my
enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada
menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati
yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika
cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat
cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam
pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star
Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.
Bagaimana
mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan
beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah
Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut.
Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen
membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi
tersebut’.
Tahukah
sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut
adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama
sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum
menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.
Dua
minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka
telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National
Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah
pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa
Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan
menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi
temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam
kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.
Pakatan
Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan
puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama
sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan
Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan
anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh
Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority daripada penduduk Afghanistan
tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti
kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan
dengan deras.
Hasilnya,
Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka
dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika
melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara
untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di
beberapa kawasan.
Itulah
juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah
mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan
menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka
mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen
membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah
satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap
anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita
MH370 bermula. - Sumber
Kredit:idasyuhada.blogspot.com
ADA SEBARANG KOMEN??