MH370: ISU LETAK JAWATAN CEO MAS - INI PENJELASAN AHMAD JAUHARI!!
Ahmad Jauhari Yahya |
KUALA
LUMPUR - 25/3/2014: Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad
Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak
jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat
MH370 ini selesai.
"Adakah
saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi
yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata
beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau
bersama-sama dengan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof menerangkan
bahawa perkara utama yang sangat penting untuk dilakukan pada saat ini
ialah mencari pesawat tersebut yang disahkan hilang di kawasan selatan
Lautan Hindi.
Semalam,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media
tergemparnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa
perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pengesahan
itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu
yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan
oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara
United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah
terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat
itu.
Sementara
itu, Ahmad Jauhari juga menegaskan bahawa meskipun terdapat banyak
permintaan dari keluarga dan waris penumpang pesawat tersebut dari
negara China untuk terbang ke Australia bagi mengikuti perkembangan
pencarian pesawat tersebut, kebenaran visa untuk ke negara tersebut
hanya akan diberi oleh pihak Australia apabila bukti-bukti sahih
mengenai penemuan pesawat tersebut di sekitar perairan negara itu
benar-benar dijumpai.
"Kami
telah diberitahu oleh pihak berkuasa Australia bahawa visa hanya akan
diberi atau dikeluarkan apabila bukti-bukti sahih terhadap pesawat
tersebut telah berjaya di temui," katanya.
Pihak MAS kini telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kehilangan kepada pihak berwajib.
Dalam
pada itu, pihak MAS telah menyediakan program komprehensif sokongan
kepada keluarga dan waris penumpang MH370 dimana seramai 700 kaunselor
telah disediakan.
"Setiap
keluarga akan disediakan dengan dua kaunselor ini dimana mereka ini
akan memberi bantuan sokongan, kauseling emosi, dan kebajikan kepada
mereka dan dalam masa 72 jam seramai 40 kaunselor lagi telah ditambah
demi memberi membantu keluarga-keluarga yang ditimpa kesusahan ini,"
katanya. - Awani
ADA SEBARANG KOMEN??