BONGKAR! Punca Bas Sekolah Terbabas Jatuh Gaung di Hulu Langat! (3 Gambar)
PETALING JAYA: Seorang pelajar terbunuh manakala empat yang lain cedera
selepas sebuah bas sekolah yang membawa 34 pelajar, terbabas dan
terbalik dekat di Kg Nanding, Hulu Langat pada Isnin.Pelajar yang
terbunuh dikenal pasti sebagai Chin Yeong Peng, 17, yang ditemui di
bawah bangkai bas berkenaan.
Kesemua pelajar dari sebuah sekolah menengah Petaling Jaya, yang sedang terlibat dengan satu rombongan sekolah.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata,
kumpulan pelajar itu bersama dengan seorang guru dalam perjalanan pulang
dari Lembah Azwen Resort selepas menyertai satu kem kepimpinan.
Beliau berkata, bas itu meneruni cerun yang curam pada kira-kira
pukul 1.20 petang dan pemandu cuba untuk mengawal daripada terbabas ke
dalam cerun ketika ianya terbalik.
Polis berkata, brek bas itu kemungkinan gagal berfungsi. Kebanyakan
pelajar terperangkap di dalam bas.Mereka yang cedera dihantar ke
Hospital Ampang. Mayat Chin dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah
siasat .
Empat buah bas telah membawa kira-kira 150 pelajar ke tapak
perkhemahan berkenaan.Dua belas anggota bomba berada di tempat kejadian
untuk membantu dalam membawa keluar pelajar yang cedera dari dalam bas.-
Mstar
ADA SEBARANG KOMEN??