BONGKAR! Punca SEBENAR TUDM TIDAK PINTAS & BERTINDAK TERHADAP Pesawat Misteri (MH370)!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BONGKAR! Punca SEBENAR TUDM TIDAK PINTAS & BERTINDAK TERHADAP Pesawat Misteri (MH370)!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

TUDM MH370

Ini Pendedahannya : Semua sudah sedia maklum, pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila dilihat berpatah balik yang ditafsir sebagai pesawat yang tidak dikenali.
 

Walau bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan tindakan TUDM yang “lambat bertindak”. Akhirnya, bersama-sama ini disertakan punca dan sebab musabab TUDM bertindak sebegitu rupa kerana….

Mengapa TUDM Tidak Bertindak? Ini Jawapan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri


  • Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia mungkin menerima arahan menara kawalan trafik udara
  • Pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama
  • TUDM mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat tidak memberikan ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.
  • Radar TUDM hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja

Mengapa TUDM Mengambil Masa Untuk Umumkan Radar Berjaya Kesan Pesawat berpatah Balik?


  • TUDM berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan (TUDM) juga melakukan SOP TUDM untuk mengesannya,
  • TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Kredit: beritasemasa.my
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus