Dimana-manapun Pesawat MH370 Boleh Mendarat Walaupun Landasan Pendek!
MAKLUMAT
data mendapati pesawat MH370 berhubung enam kali dengan satelit dan
yang terakhir direkodkan pada jam 8.11 pagi pada waktu tempatan 8 Mac
lalu bukti pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal meskipun
transporder sudah dimatikan berhampiran sempadan kawalan trafik udara
antara Malaysia dan Vietnam.
Ketua
Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul
Rahman berkata, berdasarkan data satelit berkenaan, kajian dilakukan
pakar bagi menentukan laluan yang digunakan MH370.
Menurutnya,
isyarat itu dikesan pada tempoh pesawat hilang daripada titik Igari
untuk sempadan kawalan trafik udara Vietnam dan Malaysia dan ‘air turn
back’ ke Selat Melaka.
Sidang
media semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein berkata pesawat berkenaan mempunyai tempoh 30 minit sahaja
selepas itu untuk melakukan penerbangan sebelum kehabisan minyak.
Walau
bagaimanapun beliau sebelum itu turut menafikan pesawat berkenaan
mendarat di Pengkalan Tentera Diego Garcia milik AS di Lautan Hindi.
Jadi ke mana pesawat yang hendak kehabisan minyak boleh melakukan pendaratan cemas?
Seperti yang diketahui umum di kawasan Lautan Hindi cukup luas dan mempunyai banyak pulau-pulau kecil.
Menurut
pakar, MH370 boleh mendarat dengan selamat pada landasan pendek yang
bukan khas untuk kegunaan pesawat komersial sepertinya.
Jika
mendarat dengan kawalan juruterbang di laut, pesawat dianggarkan
mengambil masa tiga minit untuk meluncur sebelum terhenti dan terapung
sebelum tenggelam jika air memasuki kabin sepenuhnya.
Berbeza
dengan sebarang pendaratan di daratan seperti padang pasir, pesawat
boleh mengalami banyak kerosakan kerana permukaan tidak rata dan keras
yang boleh menyebabkan MH370 melambung atau terhempas di luar kawalan.
Jika
teori ini tepat, MH370 yang dilaporkan dikendalikan secara manual
oleh seseorang yang mahir di dalam kokpit akan melalui kawasan
Kepulauan Andaman selepas isyarat terakhir dipercayai dari pesawat itu
dikesan radar Tentera Udara Diraja Malaysia di situ.
Pulau
Nicobar yang terletak Lautan Hindi mempunyai tiga landasan kapal
terbang tinggal yang sudah tidak digunakan. Salah satu daripadanya
adalah Lapangan Terbang Campbell Bay yang terletak 190 kilometer Utara
Kepulauan Sumatera.
Selain
itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun
pada tahun 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan
dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.
Sebuah
lagi landasan kapal terbang terletak di Utara antara Pulau Andaman dan
Nicobar. Ialah Landasan Kapal Terbang Shibpur yang kini juga sudah
tidak lagi digunakan.
Landasan
kapal terbang tinggal juga wujud di Pulau Koko yang dikatakan dimiliki
oleh tentera Myanmar dan sesetengahnya mengatakan ianya kini di bawah
kekuasaan China.
Pilihan
terakhir, MH370 juga boleh mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Veer Savarkar atau lebih dikenali sebagai ‘Portblair’
milik Negara India di pulau yang sama yang difahamkan kini dalam proses
pengubahsuaian.
Kredit:idasyuhada.blogspot.com
ADA SEBARANG KOMEN??