EKSLUSIF: Kenyataan Penuh MAS Pesawat MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi!
25/3/2014 - Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengan tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.
Bagi
pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa
kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat
serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.
Kami
tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk
meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan
sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370
mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari
Kuala Lumpur ke Beijing.
Operasi
mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan
sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum
berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan
menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.
Kami
juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus
memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan
bulan-bulan yang akan datang.
Sekali
lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah
yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.
ADA SEBARANG KOMEN??