Lagi TEORI! MH370 Hilang Kerana Super Air Pocket! - Pensyarah USM

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Lagi TEORI! MH370 Hilang Kerana Super Air Pocket! - Pensyarah USM

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

MH370 Hilang Kerana Super Air Pocket - Pensyarah USM

Seorang pensyarah di USM semalam mengemukakan satu teori baru mengenai kehilangan pesawat MH370 dengan menyatakan ia mungkin berpunca daripada fenomena super air pocket atau poket udara berskala luar biasa.

Pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohd. Omar Ab. Kadir memberitahu, terdapat kemungkinan pesawat tersebut telah menempuh fenomena poket udara luar biasa dan mungkin saiznya 10 kali ganda daripada poket udara biasa sehingga menyebabkan pesawat berkenaan gagal berfungsi.

Menurut beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai penyelidik di US Naval Academy ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat memberitahu, kejadian pesawat berkenaan yang gagal dikesan oleh radar adalah disebabkan oleh vakum yang wujud di dalam poket udara tersebut.

"Dalam keadaan vakum, sebarang bentuk isyarat serta gelombang tidak dapat berfungsi dan keadaan itu menyamai situasi yang dihadapi oleh pesawat MH370 kerana menara kawalan tidak menerima sebarang isyarat kecemasan semasa pesawat itu dilaporkan terputus hubungan pada pagi Sabtu lalu," katanya.

Mohd. Omar yang merupakan pemegang Sijil Pemprosesan Signal dan Getaran dari University of Southamton, England berkata, ketika pesawat itu melalui kawasan poket udara itu juga, ia telah jatuh dengan kelajuan 10 meter setiap saat atau kira-kira 900 kilometer sejam (km/j).

Jelas beliau, keadaan itu mungkin menyebabkan juruterbang dan penumpang di dalamnya mungkin tercampak atau melambung.

Ekoran kejadian itu, katanya, juruterbang dan pembantunya mungkin mengalami simptom tidak sedarkan diri sama ada disebabkan oleh pengsan ataupun telah meninggal dunia akibat komplikasi pada organ dalaman badan.



sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
  • PENDEDAHAN EKSLUSIF! MISTERI MH370: SIAPA YANG RUGI? (MESTI BACA)
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com MISTERI MH370: SIAPA YANG…
  • BONGKAR! Russia dakwa MH370 dirampas Tentera Laut Amerika!
    26/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com   Satu laporan yang diedarkan di…
  • Kes Culik Untuk Organ Bukan Dongeng, Keluarga Mangsa Sahkan!
    01/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebelum ini kejadian culik sampai budak…
  • DATUK ABD RADZAK PERSOALKAN ISU PERLUKAH ADA BAS DUA TINGKAT DI MALAYSIA??!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR - “Saya tidak melihat…
  • (8 GAMBAR) Sayu! Suami Kutip Daging dan Bersihkan Tempat Kejadian Isteri Maut Digilis Lori!
    17/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kenapa tak berhenti? Ko dah menghimpit…
  • Kubur Bercahaya Sewaktu Dikebumikan: Ini Status Terakhir Facebook Ibu Tunggal Berkenaan.....
    24/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ini adalah status terakhir yang di…
  • Bongkar! Guru Tahfiz Suruh Pelajar Urut Badan Kemudian Hisap Punainya!!
    25/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com JASIN 21 Mei - Kelakuan sumbang seorang…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus