Luahan Hati Selamat Omar, ayah kepada Mohd Khairul Amri Yang Menaiki Pesawat MH370!
Keluarga
 penumpang MH370 yang ditempatkan di Hotel Everly sejak kehilangan 
pesawat tersebut dibenarkan tinggal di hotel itu sehingga Jumaat 
ini.Perkara tersebut dimaklumkan oleh seorang sukarelawan dari Malaysia 
Airlines (MAS) kepada pihak media di hotel berkenaan Rabu.Sukarelawan 
itu berkata, bilik-bilik di Hotel Everly telah ditempah hanya sehingga 
Jumaat.
“Selepas
 itu, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah 
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan 
mengambil alih pembiayaan waris penumpang dan akan menentukan sekiranya 
mereka akan terus tinggal di hotel itu atau tidak.
“Kebanyakan
 daripada waris penumpang MH370 telah pun meninggalkan hotel ini dan 
balik ke rumah masing-masing,” kata sukarelawan tersebut.
Sementara
 itu Selamat Omar, ayah kepada Mohd Khairul Amri yang merupakan salah 
seorang penumpang di dalam pesawat itu, berkata mereka diberitahu 
tentang pengambil alihan itu pada Selasa.
“Ya,
 memang kami diberitahu kami akan tinggal di sini sehingga Jumaat dan 
selepas itu, Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan 
membuat keputusan jika kami masih boleh tinggal di sini,” katanya 
mengiyakan perkara itu.

Selamat
 melabelkan tindakan MAS memberi tugas pembiayaan kepada Perbadanan 
Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai sangat tidak 
bertanggungjawab.
“Semalam
 MAS berkata Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan 
ambil alih pembiayaan dan penjagaan waris di Hotel Everly. Namun, tiada 
sebab diberikan.
“Bilik operasi MAS yang ada di hotel ini pun sudah tiada sejak hari ini. Saya rasa MAS tidak peka kepada keadaan waris.
“Kami
 bukannya hilang baju atau jam. Kami kemungkinan hilang nyawa. MAS perlu
 bertanggungjawab di saat-saat genting ini. Saya sungguh kecewa MAS 
serahkan beban tugas kepada pihak lain,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut
 Selamat yang merupakan seorang peneroka Felda, tiada sehari pun beliau 
berputus asa bahawa anaknya akan kembali ke pangkuannya.
“Saya yakin kerajaan sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari pesawat itu. Saya berharap ia akan dijumpai.
“Begitu
 juga dengan keluarga saya. Walaupun isteri saya dan isteri anak saya 
menangis sejak mendapat tahu tentang kehilangan pesawat itu, mereka 
semakin tabah,” katanya.

Walaubagaimanapun,
 MAS, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berkata, 
penumpang dan krew di dalam pesawat MH370 serta keluarga mereka sentiasa
 dipentingkan.
“Selama ini, keluarga penumpang MH370 sentiasa diberi taklimat pertama tentang apa-apa perkembangan pesawat yang hilang itu.
“Namun,
 maklumat yang sering bercanggah dan spekulasi telah membawa keperitan 
dan kesusahan yang besar kepada keluarga penumpang.
“Keutamaan kami adalah memberikan segala bantuan kepada keluarga para penumpang dan anak kapal,” kata MAS.
Pesawat
 B777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam 
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan hilang daripada radar tidak
 sampai sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala 
Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak
 hari kejadian, keluarga penumpang pesawat ditempatkan di dua buah hotel
 iaitu Hotel Everly, Putrajaya dan Hotel Cyberview Resort & Spa, 
Cyberjaya bagi memudahkan Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan 
perkembangan terkini mengenai pesawat berkenaan.
Kira-kira
 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di hotel Cyberview
 Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.
Laporan asal Astro Awani
ADA SEBARANG KOMEN??


 
 
 
 
 
 
 




