#MH370: BONGKAR! Punca SEBENAR Keluarga Kapten Zaharie 'Bersembunyi' ??

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

#MH370: BONGKAR! Punca SEBENAR Keluarga Kapten Zaharie 'Bersembunyi' ??

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



PETALING JAYA - Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari ‘ribut spekulasi’ yang melanda juruterbang itu.

“Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka,” kata seorang rakan yang rapat dengan keluarga Zaharie tetapi tidak mahu dikenali.
Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak- anak Zaharie untuk ‘bersembunyi’ adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya.



“Pada saat-saat membimbangkan seperti ini, ahli keluarga mahu berkumpul untuk sokongan emosi, bukan menangkis soalan daripada media,” katanya.

Kecuali satu temu bual awal dengan cucu saudara lelaki beliau di Youtube yang memberikan satu penghormatan untuk juruterbang itu dan curahan sokongan dalam talian untuk anak perempuannya Aisyah, tiada sebarang kenyataan dibuat selain itu.

Katanya, keluarga itu sangat memberikan kerjasama terhadap permintaan yang dibuat oleh pihak berkuasa, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan.

Walaupun sesetengah saudara-maranya merasakan keluarga Zaharie harus tampil secara terbuka untuk menjelaskan spekulasi yang menggambarkan beliau sebagai seorang aktivis politik, mereka tahu mereka perlu menghormati keinginan mereka yang mahukan privasi, katanya.


Saudara-mara beliau juga menegaskan bahawa Zaharie bukan seorang ekstremis, tidak seperti apa yang dikatakan oleh media mengenai beliau.

Tiada satu pun spekulasi yang dapat meyakinkan mereka bahawa beliau mungkin telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kehilangan MH370, menurut mereka.

Beliau juga kerap menghubungi Aisyah yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni bina di Melbourne, Australia.

Anak perempuannya itu telah memberitahu seorang rakannya di Australia sebelum kembali ke Kuala Lumpur bahawa “semua spekulasi itu seolah-olah membunuh keluarganya”.

Aisyah telah mengambil cuti untuk bersama dengan keluarga yang tinggal di lokasi yang berbeza dari rumah mereka di Shah Alam.

Bagi ahli keluarga Fariq, mereka tidak mahu ditemubual sehingga pesawat itu dijumpai. - mStar.
  • PERSOALAN: Siapakah dihubungi Fariq ketika MH370 berada di Pulau Pinang??
    12/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kerajaan akan meneliti laporan sebuah…
  • PANAS! Punca Sebenar Johan As’ari Bengang Dengan Zizan, Cadang Buat Laporan Polis!
    25/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sejak beberapa hari lepas, isu mengenai…
  • Isu Cermin Gelap - Penguatkuasaan Pilih Kasih??!
    07/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Agak-agak anda semua la kan.. bila kita…
  • 6 Gambar Terbaru Siti Nurhaliza Edisi Ramadan, Sekali Tengok, Tak Percaya Ni Dato' Siti!
    02/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Wow! cantiknya Siti Nurhaliza dengan…
  • Benarkah Awie Pukul Kakaknya? Ini Komen Amanda Misbun, Adik Ipar Awie!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pelakon Amanda Misbun merupakan adik…
  • Isu Cemburu Nora Danish Berpegangan Tangan dengan Farid: David Teo Beri Penjelasan Kepada Diana Danielle!!
    20/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dari laman Murai.com , David Teo telah…
  • PANAS! Nina Iskandar Tampil Beri Penjelasan SEBENAR Isu Buka Tudung Lepas Berhijrah!!
    29/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Peminat Kecam Tindakan Nina Iskandar Buka…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus