MH370: Pakar Forensik Dedah Hasil Siasatan ke atas Simulator Kapten Zaharie!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: Pakar Forensik Dedah Hasil Siasatan ke atas Simulator Kapten Zaharie!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370
Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370
Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.

Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.

Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan.


KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus