PENDEDAHAN EKSLUSIF! MISTERI MH370: SIAPA YANG RUGI? (MESTI BACA)
MISTERI MH370: SIAPA YANG RUGI?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah,
syukur ke Hadrat ALLAH SWT dan Selawat serta Salam ke atas Junjungan
Besar Baginda Rasulullah SAWAW, penghulu sekalian ummat ini. Salam ke
atas sekalian Ahli Bait Baginda dan seluruh pewarisnya. Semoga dengannya
kita beroleh manfaat. Semoga kita beroleh jawapan atas misteri yang
timbul ini.
Syukur
saya ucapkan kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menulis sebuah
artikel yang panjang lebar menceritakan asal usul tragedi MH370 berlaku.
Artikel yang bertajuk "MH370: Suatu Misteri" itu telahpun dibaca
melebihi 1 juta orang dalam tempoh yang sangat singkat. Saya sendiri
tidak menyangka hal tersebut berlaku.
Untuk
itu, saya berasa terpanggil untuk menceritakan satu lagi kisah di mana
di dalam artikel kali ini saya akan cuba menghuraikan dengan panjang
lebar berkenaan suatu komplot untuk merebut kuasa dan di dalam komplot
itu, siapakah yang sebenarnya rugi.
Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tersebut....
MH370: Siapa Rugi?
*AMARAN
!! Artikel ini akan bertentangan dengan laporan media. Artikel ini juga
akan bertentangan dengan banyak teori yang telah tersebar. Artikel ini
juga akan membuatkan anda tidak percaya kepada saya kerana mengandungi
cerita dan teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel ini. Anda juga
berhak menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak
mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau
sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan
cerita yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik
disini.
0.1.
Pengakhiran kepada semua ini akan membuatkan anda terpinga-pinga,
terperanjat, tidak percaya, berasa aneh dan pelik. Diharapkan jika anda
tidak mampu menerimanya, jangan baca artikel ini. Ini hanyalah coretan
saya berdasarkan analisis lemah saya. Sekiranya tidak benar, maka
maafkanlah saya dan sekiranya terjadi, maka percayalah itu hanya
kebetulan.
1.
Umum dunia sudah tahu, sebuah pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan
MH370 telah pun berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac 2014 dan telah didapati hilang
dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan, 8 Mac 2014.
2.
Pesawat itu membawa keseluruhan muatan seberat hampir 40 tan (lebih
kurang kalau tidak silap) dengan penumpang seramai 239 orang yang mana 2
daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang daripadanya adalah
krew kapal.
3.
Pesawat tersebut seharusnya tiba di Beijing pada awal pagi 8 Mac 2014.
Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu
tempatan.
4.
Maka, bermulalah satu episod misteri lagi ngeri bagi seluruh umat
Malaysia secara khususnya dan sebuah episod misteri bagi negara-negara
jiran yang terlibat.
5. Mengapa saya katakan ia sebuah episod misteri lagi ngeri??
6. Kerana, ia bakal melibatkan kerugian yang sangat-sangat besar.
7.
Umum mengetahui mengenai kehilangan pesawat ini. Namun, sangat sedikit
yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi faktor atau aspek tentang
kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui sehingga hari ini.
8.
Pesawat ini telahpun hilang pada Mac 2014. Setahun sebelum itu, negara
kita telahpun diserang pada bulan yang sama. Iaitu Mac 2013, insiden
serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas negara kita, beberapa
minggu sebelum pilihan raya umum.
9.
Bagaikan suatu misteri... Menteri yang mengelola siri serangan Sulu ke
atas Sabah dan menteri yang mengelola kehilangan MH370 adalah orang yang
sama.
10.
Bagaikan suatu misteri... Angkatan keselamatan yang mengelola kes
serangan tentera Sulu dan juga angkatan keselamatan yang mengelola kes
kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.
11. Saya telah menghidu suatu rencana yang amat besar seawal hari pertama pesawat hilang.
12.
Kita mulakan dengan lokasi terakhir pesawat dikesan. Lokasi tepatnya
berdasarkan laporan media adalah 5*30*54.0*N 103*26*34. E. Selepas itu,
pesawat terus lenyap daripada radar dan tiada lagi petunjuk yang timbul.
Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk sini dan sini.
13. Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas.
14. Maka timbul lah pelbagai persoalan mengapa ia tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?
15.
Menurut laporan awal - saya yakin laporan ini ramai yang sudah lupa -
pesawat telah terputus hubungan dengan radar pada waktu tersebut dan
tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan tiada sebarang
sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.
16.
Ini bererti sistem dalaman pesawat telahpun mati pada ketika itu. Sama
ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia telahpun meletup, itu saya tidak
dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang pasti pesawat telahpun
meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.
17. Namun saya amat yakin pesawat tersebut sudahpun tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.
18. Jangan persoalkan penumpang mati atau tidak sekarang. Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.
19.
Sekarang, kita pergi kepada persoalan lain. Iaitu, persoalan yang amat
besar tetapi tidak pernah terfikir pada orang ramai....
20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??
21. Saya katakan jawapannya kepada anda semua, AMERIKA SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !
22. Kenapa boleh jadi begitu?
23.
US merupakan sebuah negara kuasa besar sejak era moden. Dialah yang
menguasai ekonomi dunia dan dia jugalah yang menguasai hampir
keseluruhan inci dalam bumi ini. Bagaikan dialah yang paling kuat dan
bagaikan dialah yang sebenarnya paling hebat.
24.
Sekitar tahun 70-an (kalau tidak silap) semasa zaman Soekarno di
Indonesia, US dengan kerjasama keluarga besar Rotschild telahpun
mengambil satu khazanah besar lagi berharga daripada Indonesia untuk
dibawa ke US.
26.
Khazanah itu telah dipindahkan daripada satu lokasi ke suatu lokasia
baru di US lantas terciptalah sistem perbankan berdasarkan wang fiat.
27.
Maka, disitu bermulalah era kekuatan Yahudi dan US memegang ekonomi
dunia kerana mereka telahpun menyimpan khazanah besar tersebut. Mereka
memajakkan khazanah itu lantas mengeluarkan note dan juga wang kertas
berbentuk fiat kepada negara-negara lain.
28. US telah bertindak sebagai pengeluar hutang terbesar ketika itu.
29.
Secara tidak langsung, Soekarno telahpun gagal membina impiannya iaitu
hendak membina Indonesia Raya yang mana sebenarnya khazanah itu
dikeluarkan dari isi bumi Indonesia bagi membangunkan sebuah bentuk
negara baru yang bakal menjadi kuasa besar dunia, bernama "Indonesia
Raya".
30. Lantas, US dengan cepatnya telah mengapi-apikan sentimen nasionalis dalam diri rakyat Malaysia dan Indonesia.
31.
Kita telah dipecahkan kepada dua blok besar. Yang mana ketika sebelum
terjadinya peristiwa itu, kita dan orang Indonesia sebenarnya sama
serumpun dan bebas keluar masuk sempadan perairan dan sempadan daratan.
32. Semenjak peristiwa itu, maka tercetuslah konfrontasi antara negara kita dan negara mereka.
33.
Akibatnya, ramai orang mati dan ramai orang menjadi marah. Rentetan
daripada itu, sehingga hari ini amat sukar bagi rakyat Malaysia hendak
menerima rakyat Indonesia dan begitu juga rakyat Indonesia sukar
menerima rakyat Malaysia kecuali rakyat Indonesia yang datang ke
Malaysia berhijrah atau sebaliknya.
34. Menjadi persoalan kecil, daripada mana datangnya khazanah itu? Apakah bentuk khazanah yang disebut-sebutkan itu?
35.
Sebenarnya, Indonesia baru sahaja merdeka pada tahun 1947, tetapi tidak
lama selepas itu, Indonesia telahpun kaya raya. Amatlah mustahil sebuah
negara yang baru merdeka amat pesat membangunkan negara mereka dan
secara tiba-tiba, mereka telah mempunyai banyak khazanah berharga.
36. Bagaimana kekayaan itu datang kepada Indonesia, saya rasa tidak perlu diceritakan disini.
37.
Yang pasti, selepas berlakunya peristiwa rampasan khazanah tersebut
oleh pihak US di Indonesia, maka secara tidak langsung ekonomi Indonesia
telahpun jatuh merudum dengan teruk sekali.
38.
Natijahnya, sehingga hari ini, ekonomi Indonesia telahpun jatuh dan
nilai matawangnya telahpun diturunkan serendah-rendahnya. Indonesia
merupakan sebuah negara yang penuh dengan hasil bumi yang mana
sepatutnya mereka sudahpun kaya raya pada hari ini tetapi pelik, mengapa
nilai matawangnya masih diparas yang sama?
39.
Jawapannya pada khazanah yang telah dirampas itu! Selagi sesebuah
negara tidak memiliki khazanah tersebut, maka negara tersebut akan jatuh
nilai paras ekonominya.
40. Saya bukan pakar ekonomi dan bukan ekonomi sebenarnya yang hendak saya bahaskan.
41. Tetapi, sebenarnya, khazanah berharga itulah juga yang sedang US rompak daripada negara kita !
42.
Amat sukar untuk diterima akal, apabila sebuah pesawat Boeing 777
buatan US yang secara tiba-tiba hilang begitu sahaj telah menarik minat
lebih 25 buah negara dalam satu misi operasi Search and Rescue (SAR).
43.
Amat sukar diterima akal, apabila misi itu dikatakan tidak ditaja oleh
mana-mana negara melainkan kesemua negara itu datang menghulurkan
bantuan tanpa meminta apa-apa habuan.
44.
Amat sukar diterima akal apabila sebuah pesawat bersaiz besar berukuran
sekitar 40 meter panjang itu boleh lenyap terus daripada radar dan
satelit yang mengawal perairan dan udara negara kita.
43.
Terlebih sukar diterima akal, apabila timbul dakwaan sebuah pesawat
bersaiz lebih kurang 40 meter panjang itu boleh berpatah balik dan
terbang menuju ke banyak arah.
44. Saya katakan, sebenarnya semua ini hanyalah satu permainan dan konspirasi untuk menutup cerita sebenar !
45. Apa cerita sebenar yang berlaku? Saya tidak dapat merungkaikannya disini kerana bangkai pesawat masihpun belum ditemui.
46. Ayuh, kita berfikir secara waras.
47.
Sebuah pesawat telahpun hilang daripada radar pada sekitar jam 2.30
pagi 8 Mac 2014. Misi SAR telah dilancarkan pada siangnya dan serentak
dengan itu, beberapa buah negara telahpun mengikuti misi tersebut.
48. Sehari selepas itu, pihak risikan CIA, FBI dan Interpol telahpun turut campur dalam urusan mencari dan menyelamat ini.
49.
Sehingga kini, langsung tiada berita disebarkan apa sebenarnya tugas
CIA, FBI dan Interpol ini datang dan mengapa mereka bertiga begitu cepat
bertindak sedangkan badan risikan lain-lain negara langsung TIDAK
dihantar ke mari.
50.
Sehari selepas pesawat dilaporkan hilang juga, US telah mengumumkan
akan menghantar US N. 7th Fleet dan juga US KIDD mereka ke perairan Laut
China Selatan.
51.
Malaysia turut mengeluarkan KD Perantau dan beberapa lagi buah kapal
yang dilengkapi peralatan mencari dan menyelamat ke perairan Laut China
Selatan.
52.
Buat pertama kalinya, Laut China Selatan (LCS) menjadi tumpuan banyak
negara. Buat pertama kalinya, Malaysia menjadi tumpuan hampir seluruh
dunia secara besar-besaran. Buat pertama kalinya, sebuah pesawat milik
MAS hilang tanpa khabar.
53.
Okay, sebelum saya sambung cerita. Saya ingin tegaskan, selepas ini ada
banyak point yang akan mengakibatkan anda tidak dapat mempercayainya
dan akan mengakibatkan anda berasa bercelaru selagimana anda tidak mahu
mengamalkan apa yang Rasulullah SAWAW telah ajar kepada kita, iaitu
membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi
bagi mengelak fitnah akhir zaman.
54.
Sebelum saya sambung, saya tegaskan bahawa peristiwa MH370 ini TIDAK
ADA kaitan dengan Freemason, Illuminati, Pitbull, movie Transformers,
movie Non-Stop atau apa sahaja teori konspirasi yang merepek. Teori
konspirasi yang sebenar, jauh lebih besar daripada apa yang anda
bayangkan!
55.
Saya sambung artikel saya. Ketika kesemua 9 buah negara dan kelengkapan
SAR mereka berkumpul di LCS itulah, pihak kerajaan kita telah
menghubungi banyak negara untuk turut serta menghantar bantuan dalam
misi SAR ini.
56.
Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka telah menghidu
ada sesuatu yang amat berharga di dalam pesawat MH370.
57.
Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka, telahpun
mengeluarkan satu bentuk arahan secara tidak langsung kepada pihak
berkuasa kita. Ya, kepada pihak berkuasa kita bukan kepada Dato Seri
Najib.
58. Arahan itu berbentuk samar-samar.
59. Pihak US telahpun mengeluarkan satu bentuk mid spin terhadap dunia, bahawa sebenarnya pesawat MH370 telah berpatah balik.
60.
Pihak US telahpun menghidu, akan ada lebih ramai pasukan SAR yang tiba
daripada banyak negara dan sudah pasti, akan ada salah satu daripada
mana-mana pihak yang datang itu akan menemui pesawat. Tidak kira sama
ada pesawat terhempas ataupun tidak.
61.
Maka, ketika itulah media antarabangsa melalui lidah utama mereka, CNN,
BBC dan lain-lain telah mengapi-apikan bahawa pesawat sebenarnya
telahpun berpatah balik dan terbang menuju ke arah Lautan Andaman.
62.
Sebenarnya, jika kita tidak mengikut apa yang dihebahkan media luar,
kita tidak seharusnya mempercayai kata-kata mereka. Sebenarnya, pesawat
masih ada di dalam perairan berdekatan negara kita. Paling jauh pesawat
hanya akan berada di sekitar Vietnam, kepulauan Parcel atau Spratley
sahaja.
63.
Ketika itulah, pihak berkuasa kita bagaikan hilang arah. Dihentak oleh
media luar untuk menyatakan, YA atau TIDAK pesawat berpatah balik.
64.
Pada hari ke-5, ketika itulah, ketua TUDM yang membuat press conference
telahpun mengumumkan bahawa MH370 TIDAK BERPATAH BALIK namun menurutnya
ada kemungkinan pesawat berpatah balik dan mereka tidak pasti adakah
ianya MH370 atau bukan. Jika saya silap info ini tolong betulkan.
65.
Entah bagaimana, pada hari ke-8 (jika saya tidak silap) tiba-tiba Dato
Seri Najib Tun Razak (DSN) telah muncul dalam press conference pada
petang tersebut dan menyatakan pesawat telahpun berpatah balik serta ada
kemungkinan-kemungkinan ia dihijack.
66. Suatu yang sangat aneh dan menyulitkan bagi akal manusia biasa berfikir.
67.
Saya amat yakin, apa yang DSN beritahu itu sebenarnya adalah satu
jawapan terbesar kepada dunia, bahawa pesawat masih berada di sekitar
Laut China Selatan !!!!!
68.
Mengapa saya katakan begitu? Seorang Perdana Menteri hanya akan membuat
kenyataan terhadap sesuatu isu sekiranya berlaku perkara yang amat
besar atau telah ada satu keputusan yang pasti lagi muktamad dalam hala
tuju negara.
69. Kini, hala tuju negara kita telahpun diarahkan sejajar dengan apa yang pihak US mahukan.
70.
Perasan atau tidak, semenjak tarikh pengumuman yang dibuat oleh DSN
tersebut, sudah tidak kedengaran lagi berita CIA, FBI waima Interpol
mahu mencari kehilangan MH370. Sebaliknya kita hanya terdengar satu atau
dua berita sahaja yang mana pihak kita melalui kenyataan Hishamuddin
telah menolak CIA, FBI dan Interpol untuk mengambil alih kes ini.
71.
Sejak daripada itu jugalah, pihak berkuasa kita sedang pening kepala
hendak mengeluarkan berita sebenar kepada pihak media. Ketika itu
jugalah, pelbagai teori sengaja dikeluarkan ke media sosial dan juga
media semasa
72.
Antaranya peterlibatan pesawat AWACS (singkatan bagi pesawat perang
anti radar milik US) dalam 'mengghaibkan' MH370. Pesawat dirampas oleh
orang Iran. Pesawat sudah mendarat di Khazastan. Pesawat sudah mendarat
di Russia. Pesawat sudah mendarat di Mongolia kerana dihijack orang
Mongol yang ingin balas dendam kepada Malaysia atas kematian Altantuya.
Pesawat mendarat di Diego Garcia. Pesawat terhempas di Pulau Perak.
Pesawat mendarat di Andaman. Kehilangan pesawat didalangi oleh Anwar
Ibrahim untuk menjatuhkan Najib. Pilot ada masalah mental dan ingin
bunuh diri. Dan macam-macam lagi teori yang bagi saya, sengaja
diada-adakan bertujuan melengahkan masa dan mencipta diversion dalam
kepercayaan orang ramai.
73.
Hakikatnya, Pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH370 masih lagi berada
di Laut China Selatan. Ia sudahpun tenggelam, tidak kira apa cara anda
menterjemahkan perkataan 'tenggelam' itu baik maksudnya benar-benar
tenggelam atau dighaibkan ke alam ghaib ataupun ia telah mendarat di
mana-mana pulau namun tidak diberitahu kepada umum. Yang pasti ia tetap
berada di Laut China Selatan.
74. Sekarang, kita berbalik kepada persoalan utama artikel ini ditulis. Siapa yang rugi?
75.
Mengapa pesawat dihebohkan telah berpatah balik? Kerana, ia bertujuan
untuk mengalih perhatian dunia daripada Laut China Selatan dan juga
bertujuan mengalih perhatian seluruh negara yang terlibat dalam SAR
daripada terus berada di perairan LCS.
76.
Setelah hari kelapan, maka sedikit demi sedikit SAR dipindahkan ke
perairan Selat Melaka, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi atau Bay of
Bengal.
77.
Ketika inilah, ramai yang tidak perasan. Hanya tinggal 4 buah negara
sahaja yang BELUM mengalihkan kesemua kapal mereka yang ada daripada
perairan LCS. Keempat-empat buah negara itu adalah, China, Vietnam,
Malaysia dan juga US.
78. MEGAPA INI BERLAKU??
79. Telah terjadi satu perebutan kuasa untuk merebut MH370. Siapa yang menang dia bakal memperoleh habuan yang sangat besar.
80.
Apa habuannya? Habuannya adalah isi pesawat tersebut yang mana
merupakan sebuah khazanah yang boleh mengkayakan sesebuah negara
sekaligus menjadikan negara yang mempunyai khazanah tersebut menjadi
sebuah negara yang berkuasa di dunia. Khazanah yang sama dengan khazanah
yang telah dirampas oleh US daripada Indonesia.
*PERINGATAN!
Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang dimaksudkan tersebut.
Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara. Seandainya ia
terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.
81.
US mahukan khazanah tersebut bagi meneruskan kelangsungan kekuasaannya
yang sudah hampir malap. China pula mahukan khazanah itu kerana ia
memerlukannya bagi menambahkan lagi kekuatannya di dunia ini sekaligus
mampu memindahkan kuasa ekonomi daripada US ke China. Vietnam pula
secara tidak sengaja mahu mengambil kapal tersebut kerana dia telah
terjumpa lokasi pesawat pada hari kehilangan pesawat lagi, sementelah
Vietnam juga sebenarnya sebuah negara proksi US (rujuk laporan berita
berkenaan nelayan vietnam).
82. Malaysia? Kenapa Malaysia pun turut serta dalam perebutan itu? Kerana, sebenarnya khazanah itu datang daripada MALAYSIA !
83. Jadi, apabila kita berbalik kepada persoalan asal, siapa sebenarnya yang sedang rugi sekarang ini???
84.
Jawapannya, kesemua negara yang turut serta dalam misi SAR akan rugi.
Pihak yang mendanai misi SAR tersebut juga akan rugi sekiranya mereka
tidak dapat khazanah tersebut.
85.
Jadi, bagi menjayakan misi US untuk merampas khazanah tersebut daripada
jatuh ke tangan China, maka segala bentuk konspirasi, segala bentuk
rancangan dan plan harus digerakkan dengan segera bagi mendapatkan
pesawat tersebut.
86.
Terkini, ketika artikel ini ditulis, US telahpun membuat pengumuman
untuk menarik diri daripada menyertai misi SAR di LCS dan hanya akan
menghantar US Poseidon dan US P-8 yang mana kedua-dua nama ini adalah
merujuk kepada pesawat terbang bukannya kapal laut seperti US 7th Fleet
atau US Kidd.
87.
Terkini, ketika artikel ini ditulis juga, pihak Singapura telah
menghantar satu, sebuah, kapal laut yang mana sermbong kapalnya berwarna
merah. Saya tidak pasti adakah kapal selam pihak Singapura masih berada
di perairan LCS atau tidak.
88.
Mengapa US menarik diri dan mengapa US menghantar Singapura ke LCS??
Kenapa US tidak mahu suruh Singapura hantar kapal tersebut bersama kapal
selamnya ke koridor selatan pencarian MH370??
89.
Kerana, US tidak mahu pergerakannya diketahui oleh ramai orang dan dia
mahukan khazanah tersebut dapat ke tangannya melalui proksinya.
90. Sekarang, kita masuk kepada persoalan, mengapa pesawat masih belum ditemui??
91.
Pesawat masih belum ditemui kerana pesawat MH370 memang tidak terbang
ke koridor utara waima koridor selatan. Kerana itulah sehingga kini hari
ke-12, misi SAR masih belum menemui jawapan.
92. Kenapa pencarian di LCS masih belum menemui jawapan? Kerana, pihak DSN masih lagi berunding dengan seseorang.
93.
Rundingan saya tidak pasti bila akan tamat. Apa yang saya pasti,
jawapan boleh diperoleh pada 21 atau 24 haribulan ini. InsyaALLAH jika
diperpanjangkan usia, saya akan menulis artikel seterusnya pada salah
satu tarikh tersebut. Jika pesawat ditemui lebih awal, saya akan tulis
lebih awal, begitu juga jika pesawat ditemui lewat, saya akan tulis
lewat.
94.
Apa sahaja jawapan kepada rundingan tersebut, saya serahkan kepada
pengumuman pihak DSN sekiranya dia membuat press conference kelak.
Bilakah dan dimanakah dia akan buat press conference tersebut, itu bukan
persoalan yang harus saya jawab. Kita hanya perlu tunggu dan nantikan
disamping berdoa agar semua penumpang selamat dan khazanah itu tidak
jatuh ke tangan US.
95.
Saya berikan sedikit jawapan, mengapa tiada radar, satelit, scanner
atau apa sahaja bentuk kecanggihan yang ada tidak menemui lokasi tepat
MH370?
96.
Kerana, sebenarnya pesawat itu sudahpun memasuki dimensi lain dalam
alam ini. Pesawat disembunyikan oleh orang yang bertanggungjawab bagi
mengelakkan khazanah tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak
sepatutnya.
97.
Selain itu, saya juga yakin dan percaya, mengapa semua ini berlaku
sebenarnya adalah satu bentuk kekuasaan ALLAH SWT bagi menunjukkan
betapa besar dan hebatnya perancanganNYA mengatasi segala perancangan
manusia.
98. Sebenarnya, di dalam pesawat tersebut ada ramai orang China dan ada antara mereka warganegara US dan Australia.
99.
Di dalamnya juga terdapat beberapa orang yang sudah bersedia untuk
merampas khazanah tersebut namun, rampasan yang cuba dibuat itu telah
gagal.
100.
Kerana itulah, Kapten Zaharie telah dipanggil bertugas pada hari
tersebut kerana dialah satu-satunya pilot yang sangat berpengalaman
dalam MAS.
101.
Kapten Zaharie sebenarnya adalah seorang yang sangat baik dan dia telah
banyak berjasa kepada negara ini. Tidak kira dia mati atau tidak, kita
harus menghargainya sebagai seorang yang berjasa tinggi kerana telah
cuba melawan rampasan pesawat yang cuba dilakukan oleh pihak tidak
bertanggungjawab.
102.
Bukan kerana Kapten Zaharie mempunyai peralatan simulator dirumahnya
menyebabkan dia dituduh sebagai perampas atau mahu bunuh diri atau
bersekongkol dengan mana-mana gerakan untuk melenyapkan pesawat.
103.
Terus terang saya katakan, isu MH370 LANGSUNG tiada kaitan dengan Anwar
Ibrahim yang dihukum penjara. Isu ini juga tiada kaitan dengan keahlian
PKR Kapten Zaharie.
104. Isu MH370 juga TIADA kaitan dengan hijack bertuntutan atau meminta ransom.
105.
Isu MH370 ini juga TIADA kaitan dengan Al-Qaeda dan Iran. Isu ini bukan
isu pengganas. Isu ini bukan isu untuk menuding siapa salah siapa
benar. Ini adalah isu global.
106.
Benar kata-kata Hishamuddin ketika press conference pada hari ke-11,
isu ini adalah satu isu yang lebih besar daripada isu politik dalam
negara.
107.
Percayalah, isu Iran - Syiah, isu Al-Qaeda, isu kapten ahli PKR, isu
Anwar Ibrahim dan lain-lain isu yang sudah saya nyatakan, semua itu
sebenarnya hanyalah satu diversion dan juga satu bentuk persediaan US
untuk mencipta skrip baru andai PLAN B mereka gagal.
108.
Tunggulah sehingga rundingan selesai barulah pesawat dilepaskan.
Bagaimana pesawat dilepaskan, saya tidak dapat jawapannya kerana saya
tiada di meja rundingan. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang layak
berada disitu.
109.
Bagaimana saya menerima segala maklumat ini? Itu tidak perlu
dipersoalkan. Kerana saya telahpun mengamalkan 10 ayat pertama surah
Al-Kahfi dan juga 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.
110.
Tetapi, saya juga tidak menafikan sekiranya secara tiba-tiba pesawat
MH370 dikatakan telah ditemui di koridor selatan di sekitar kawasan
Andaman atau Diego Garcia.
111.
Maka, sekiranya perkara itu berlaku, saya jawab awal-awal, itu hanyalah
salah satu daripada PLAN dan juga RANCANGAN US untuk mengkaburi mata
dunia daripada pesawat MH370 yang sebenar yang masih berada di LCS.
112.
Sekiranya pesawat ditemui, tak kira di LCS atau di Andaman, tiba-tiba
ada skrip dan drama mengatakan bahawa pesawat telah dihijack oleh
pengganas tak kira pengganas Al-Qaeda atau syiah Iran, maka saya tolak
cerita ini awal-awal kerana ia tidak lain tidak bukan sebagai salah satu
plan dan juga rancangan US untuk "menyelam sambil minum air". Dia sudah
dapat khazanah lagi mahu serang orang. Dasar tak sedar diri....!
113.
Seandainya berlaku cerita mengenai pengganas, maka saya nafikan
awal-awal bahawa Iran BUKAN sebuah hab pengganas. Tetapi jika negara
kita dituduh sebagia hab pengganas, terimalah hakikat bahawa Malaysia
memang sebuah hab pengganas sejak zaman Tun Dr Mahatir lagi !
114.
Bukti? Lihat sahaja Nordin Mat Top, Al-Maunah dan juga Dr Azahari.
Kesemua nama-nama top wanted ini adalah berwarganegara Malaysia. Tidak
perlu bercerita mengenai perjuangan mereka, kerana sekarang bukan
masanya. Tetapi telah terbukti, sebenarnya Malaysia sedang dalam jerat
US dan kita menunggu masa untuk dikambinghitamkan.
115.
Kerana itulah pihak kerajaan telahpun bersiap sedia dengan apa jua
kemungkinan bagi mengelak US mengkambinghitamkan negara kita sebagai hab
pengganas lantas dihalalkan untuk diserang. Tetapi saya TIDAK MENOLAK
antara yang menjadi punca pesawat MH370 terjunam adalah berlakunya
pergaduhan atau pertengkaran di dalam pesawat, atau mungkin berlakunya
letupan (kecil atau besar) di dalam pesawat yang mana letupan MUNGKIN
berpunca daripada kotak kasut atau bom yang diletakkan di kasut.
116.
Kerana itu jugalah timbul ura-ura mengatakan MH370 hilang dek kerana
penangan Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie telah berkomplot. Ini
sebenarnya hanyalah persediaan untuk pengkambinghitaman bagi mengelak
pengkambinghitaman yang lebih besar dan merbahaya.
117.
Jika saya salah dalam susunan kambinghitam ini, saya memohon seribu
satu kemaafan daripada semua yang telah saya seret dalam kenyataan saya.
Boleh jadi ia benar boleh jadi ia salah. Yang pasti, kerajaan kita
tidak akan sama sekali sewenang-wenangnya membiarkan kedaulatan kita
diceroboh walau seinci.
118.
Sama ada US, China, Vietnam, Singapura atau Malaysia yang menjadi juara
menemui MH370, ayuh sama-sama kita nantikan. Berdoalah agar negara kita
yang pertama sekali menjumpainya dan berdoalah agar tidak ada apa-apa
yang buruk berlaku terhadap negara kita selepas insiden kehilangan MH370
ini. Berkenaan khazanah itu pula, tolong jangan tanya saya bagaimana
khazanah boleh ada di atas pesawat dan tolong jangan tanya saya siapa
dalang bawa khazanah, kemana nak bawa khazanah dan lain-lain persoalan
berkaitan kerana pesawat pun masih belum dijumpai.
119.
Kerana saya yakin, pihak US tidak akan patah semangat untuk mengusik
kita di negara ini jika mereka gagal mendapatkan MH370 dan khazanah di
dalamnya. Saya juga yakin pihak China akan marah terhadap kita jika
MH370 jatuh ke tangan US. Saya juga yakin, negara kita akan benar-benar
tersepit jika MH370 jatuh ketangan yang tidak sepatutnya. Saya juga
yakin, kepimpinan Dato Seri Najib sedang berada dihujung tanduk.
120.
Sesudah itu, ayuhlah sama-sama kita meneruskan doa kita agar kita
beroleh yang terbaik untuk kes MH370 ini. Mati atau tidak bukan lagi
persoalan, tetapi persoalannya adalah masa depan negara dan masa depan
kita semua. Selamatkah anak cucu kita nanti? Selamatkah kita semua
nanti? Masih ada masa dan peluangkah untuk kita bertaubat???????
121.
Sekali lagi buat kesekian kalinya, saya menyeru kepada anda semua agar
anda kembalilah mengamalkan apa yang telah Rasulullah SAWAW ajarkan
kepada kita bilamana dihadapan kita ada fitnah yang besar. Amalkanlah
membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Surah
Al-Kahfi serta amalkanlah membaca doa menghindar dari fitnah dajjal pada
setiap kali solat 5 waktu.
122. Sekarang, saya telahpun sampai kepada persoalan terakhir.... Siapakah yang rugi setelah membaca artikel ini???
123. Anda sendiri yang tentukan !
Syukur
alhamdulillah, dengan limpah kurnianya telah juga selesai artikel yang
panjang lebar ini. Segala puja dan puji hanya untukNYA. Selawat dan
Salam ke atas Baginda Rasulullah SAWAW dan dilimpahkan ke atas sekalian
Ahli Baitnya. Semoga dengan berkat Ahli Bait yang masih ada di bumi
bertuah Malaysia ini masih lagi dapat menjaga keamanan serta kemakmuran
buat kita semua. InsyaALLAH, 21 Mac 2014, ayuh sama-sama kita ke Dataran
Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya bagi mengikuti satu majlis zikir
yang berkah lagi aula untuk kita duduki. Semoga dengan berkat pada hari
tersebut, jawapan dan pengakhiran kepada semua episod misteri lagi duka
MH370 ini akan berpenghujung dengan baik. Amiin....
Artikel
saya telah tamat. JANGAN percaya apa yang saya tuliskan kerana ini
hanyalah tulisan saya semata-mata. Saya tidak menyertakan apa-apa link
rujukan bagi artikel ini, mohon maaf saya pinta. Sekiranya kalian dapati
artikel ini tidak benar, maka ketahuilah saya telah silap dalam
menganalisa data yang saya perolehi. Sekiranya kalian dapati artikel
yang saya tulis ini benar, maka ketahuilah itu hanyalah kebetulan
sahaja.
Untuk
pengetahuan semua, sebahagian daripada isi artikel ini telahpun saya
kongsikan dan bincangkan bersama seorang blogger terkenal di negara
kita, tak lain tak bukan abang Shah Paskal daripada blog
MilitaryofMalaysia. Saya telah duduk semeja dengannya dan beberapa orang
lagi bermesyuarat untuk mencari dan meneliti setiap teori yang
dikemukakan oleh banyak pihak, lantas kami telah bersetuju dan
bersepakat untuk menolak beberapa buah teori yang tersebar sama seperti
yang telah saya tuliskan di atas sana.
Untuk
makluman juga, ini adalah artikel terakhir saya berkenaan MH370 di blog
ini sebelum pesawat ditemui. Saya hanya akan menyambung penulisan saya
berkenaan MH370 di blog ini setelah pesawat ditemui atau pada 21 atau 24
Mac 2014 yang mana saya yakin akan ada klu baru pada tarikh tersebut.
Sekiranya klu baru atau pesawat ditemui awal, saya akan nukilkan artikel
lebih awal dan sekiranya ia lewat, artikel juga lewat. InsyaALLAH
semoga saya dan bro Shah Paskal dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu
untuk terus membongkar setiap kebenaran yang ada disebalik setiap
perkara yang berlaku.
Terima
kasih kepada semua yang sudi membaca dan jutaan terima kasih tak
terhingga kepada semua yang terus sabar menanti artikel baru daripada
saya. Saya tidak minta untuk jadi terkenal. Saya tidak minta untuk
artikel saya dibaca ramai orang. Apa yang saya minta, jika artikel ini
telah membuka minda anda dan membuatkan anda terpanggil untuk kembali ke
jalan yang benar atau sekurang-kurangnya anda mendapat manfaat dan ilmu
baru disini, maka kongsikanlah artikel ini kepada siapa sahaja yang
anda kenali.
Nota Kaki.
SAWAW = SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam.
CIA = Central Inteligence Agency
FBI = Federal Bureau of Investigation
Interpol = International Police
MAS = Malaysian Airlines
PKR = Parti Keadilan Rakyat
LCS = Laut China Selatan
US = United States of America
TUDM = Tentera Udara Diraja Malaysia
*PERINGATAN!
Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang dimaksudkan tersebut.
Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara. Seandainya ia
terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.
Sekian sahaja dahulu.
WassallALLAHu Ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.
Wassalam.
Sumber-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
4:49 AM, 19 Mac 2014.
ADA SEBARANG KOMEN??