SERAM! Imej Pocong Dirakam Atas Jambatan Kedua P. Pinang? (2 GAMBAR)
Selepas
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada
kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.
Individu
yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan
tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang
merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.
Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.
Kini,
sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang
kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.
Imej
yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah
satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.
Bagaimanapun
sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi
kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air. - Sumber: Mynewshub.my
ADA SEBARANG KOMEN??