Tun Daim Zainuddin : Melayu Terkaya Di Dunia?

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Tun Daim Zainuddin : Melayu Terkaya Di Dunia?

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Dikenali sebagai seorang yang cukup pendiam dan bercita-cita tinggi, Tun Daim Zainuddin boleh dilabel sebagai salah seorang anak melayu paling berjaya di dunia. Mengikut desas-desus daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, harta Tun Daim kini mencecah RM64 billion..!!
Bercakap mengenai penglibatan beliau dalam dunia perniagaan,seperti ahli perniagaan yang lain,Tun Daim juga pernah merasa jerit perih dan suka duka bergelumang dalam dunia korporat negara. Pada suatu ketika, di awal pembabitannya dalam dunia perniagaan, Tun Daim pernah tersungkur apabila perniagaan garam yang diusahakannya terpaksa gulung tikar disebabkan hujan yang tidak henti-henti sehingga banjir. Atas nasihat daripada beberapa rakan beliau,Tun Daim juga dikatakan terpaksa meminta bantuan daripada bomoh hujan bagi memohon cuaca agar kembali panas seperti sedia kala.Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Tun Daim terpaksa mengalah dengan perniagaan garamnya walaupun ia telah menelan modal yang cukup besar. Ternyata, latar belakang karier beliau sebagai peguam sebelum menceburi bidang perniagaan tidak mampu membantu beliau di saat beliau diisytihar bankrap waktu itu.
Tun Daim bukanlah seorang anak melayu yang mudah mengalah. Ibarat ‘Pucuk Dicita Ulam Mendatang’, Tun Daim mendapat pelawaan daripada Low Kiok Boo dan Datuk Thamby Chik untuk turut sama melangkah ke bidang hartanah. Bermula daripada detik itulah,nama Daim Zainuddin kian meniti di bibir pemain-pemain korporat di Malaysia.
Namun,kejayaan beliau dalam bidang hartanah pernah dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi. Beliau pernah dituduh sebagai penipu dan ‘tikam belakang’ apabila beliau dikatakan mencuri idea asal pembangunan Taman Maluri yang diusulkan oleh rakan kongsi beliau. Melihat rancangan tersebut sebagai salah satu peluang untuk menambah isi ‘periuk nasi’ beliau, Tun Daim segera mengusulkan idea tersebut kepada Menteri Besar Selangor pada waktu itu, Datuk Harun Idris. Pada akhirnya, beliau sendiri yang mendapat nama walaupun ia bukan buah fikiran daripada beliau sendiri. Selepas kejayaan Taman Maluri, Tun Daim terus meneroka peluang-peluang pembangunan hartanah di Malaysia bagi mengukuhkan cengkaman beliau dalam arena korporat Malaysia.
Memetik daripada satu entry di blog syahrilkadir.wordpress.com,
Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.
Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.
Mahu taknya, potret Daim ‘sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?
Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)
Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.
“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.
ramai yang tak tahu yang Daim menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB)
ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Wallahualam~
p.s: “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” – Hang Tuah
Kredit: http://www.waszap.com

KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus