GURU DISIPLIN TOKAK RAMBUT ANAK - MALIK TAK PUAS HATI!!
Shah Alam: “Emosi anak saya terganggu,” kata Malik Abas, 50, apabila rambut anak lelakinya yang belajar di sebuah sekolah di Kampung Melayu Subang di sini, digunting oleh pengawas selepas didakwa tidak kemas serta melanggar peraturan disiplin sekolah.
Malik hanya mengetahui kejadian yang berlaku Isnin lalu apabila dia dihubungi isteri yang memaklumkan anak lelaki mereka berusia 17 tahun pulang ke rumah dengan wajah sedih dan rambut ‘bertokak’ kerana dihukum guru disiplin.
“Saya bukan tidak faham tugas guru disiplin, tetapi persoalan sekarang ialah mengapa anak saya tidak diberikan amaran terlebih dulu atau menghubungi ibu bapa pelajar sebelum mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu emosinya?
“Anak ketiga saya itu seorang yang lemah lembut dan bukan jenis nakal, malah dia juga memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber di sekolah, jadi mengapa perlu tindakan yang menjatuhkan air muka seperti itu diambil sewenang-wenangnya oleh guru terbabit?,” katanya. - Harian Metro
Kredit: mymediahubonline.blogspot.com
Sumber: http://infoberita93.blogspot.com/2014/04/guru-disiplin-tokak-rambut-anak-bapa.html
Sumber: http://infoberita93.blogspot.com/2014/04/guru-disiplin-tokak-rambut-anak-bapa.html
ADA SEBARANG KOMEN??