Isu Penceraian dengan Adam AF : Ini Luahan Ikhlas Fiza Elite!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Isu Penceraian dengan Adam AF : Ini Luahan Ikhlas Fiza Elite!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.

Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.

Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

"Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.


Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam. -mStar
  • Ekoran Kenyataan PM Pesawat Berakhir di Lautan Hindi - INI TUNTUTAN PIHAK CHINA!!
    25/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com BEIJING - China menuntut Malaysia…
  • BONGKAR! Coklat Pepero Tiada Sijil HALAL??
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pepero ni produk coklat dari Korea yang…
  • Inilah Kubur Pemimpin Kejam Israel, Ariel Sharon!! (8 GAMBAR)
    18/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rata-rata rakyat dunia terutama…
  • HANGAT! Penyiasat Dedahkan Kapten Zaharie Dihubungi 'Wanita Misteri' Sebelum Penerbangan MH370!!
    23/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PETALING JAYA - Kapten penerbangan…
  • Brunei Tangguh Hukuman Hudud Atas Desakan PBB??? Betulkah Dakwaan Ini??!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bandar Seri Begawan: Brunei menangguhkan…
  • GEMPAR! PENEMUAN BOEING AIRCARFT FIRE EXTINGUISHER OLEH PENDUDUK MALDIVES (3 GAMBAR)
    27/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Penduduk di Maldives telah menjumpai…
  • TERKINI! Daily Star Dakwa MH370 di Rampas!! - Sumber Perisikan Russia
    09/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Menerusi The Star, sumber perisikan Rusia…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus