LAGI KEMALANGAN BABITKAN BAS DI SUNGAI PETANI KEDAH!! (6 GAMBAR)

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

LAGI KEMALANGAN BABITKAN BAS DI SUNGAI PETANI KEDAH!! (6 GAMBAR)

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Satu kemalangan melibatkan bas berlaku lagi, kali ini di susur keluar Tol Sungai Petani arah selatan di Sungai Petani, Kedah.

[6 Gambar] Bas Kilang Langgar Belakang Lori

Kejadian melibatkan sebuah bas kilang dalam perjalanan dari Pulau Pinang yang merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan gula mentah.


Kemalangan  mengakibatkan empat daripada lapan belas penumpangnya cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kejadian kira-kira jam 3.25 petang itu turut mengakibatkan empat belas penumpang lain mengalami kecederaan dan dirawat di hospital yang sama.


Menurut saksi, kejadian berlaku apabila lori treler yang dipandu perlahan di susur keluar tersebut secara tiba-tiba dirempuh bas berkenaan yang gagal dikawal pemandunya.

Akibat rempuhan itu bahagian hadapan bas terbabit remuk manakala belakang lori turut rosak.


Bagaimanapun, kedua-dua pemandu bas dan lori tidak mengalami kecederaan serius dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut jurucakap Polis Trafik Kuala Muda, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.


Kedua-dua pemandu kini ditahan untuk direkod keterangan mereka.

[6 Gambar] Bas Kilang Langgar Belakang Lori


sumber
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
http://www.astroawani.com/news/show/bas-kilang-rempuh-lori-gula-di-sungai-petani-empat-cedera-parah-34455?cp
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus