MasyaAllah! Kubur Jenazah Wanita Ini Bercahaya Ketika Hendak Dikebumikan (5 GAMBAR)
Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila kubur seorang jenazah wanita yang hendak dikebumikan dikatakan telah bercahaya.
Jenazah wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.
Malah, gambar-gambar yang dikongsikan oleh Daily Traffic Report turut menunjukkan wajah Allahyarham Haslinatul yang kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.
Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah
Sumber Gambar: Daily Traffic Report (FB Page)
Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.
Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.
Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.
Allahuakbar. Indahnya.
Kredit;tengoktvonline.blogspot.com
ADA SEBARANG KOMEN??