NGERI ! GAMBAR LELAKI DITIKAM,DITETAK LEBIH 10 KALI!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

NGERI ! GAMBAR LELAKI DITIKAM,DITETAK LEBIH 10 KALI!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Sungai Buloh – Akibat dendam, seorang lelaki warga Bangladesh mati selepas ditikam dan ditetak lebih 10 kali di sebuah kilang perabot di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam, mangsa berusia 40-an ketika itu makan bersama beberapa rakan sekerjanya di kawasan lapang di dalam kilang selepas mengunci kilang.

Sumber polis berkata, tiba-tiba seorang lelaki tidak dikenali memecah masuk ke kilang itu dan berlari ke arah mereka.

“Terkejut dengan kehadiran lelaki itu, mereka bertempiaran lari manakala mangsa menyembunyikan diri di dalam biliknya.

“Bagaimanapun, suspek mengekori mangsa hingga ke bilik sebelum menetaknya dengan parang di kepala, perut, belakang badan selain beberapa tikaman di badan sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah merangkak keluar ke kawasan lapang di tengah-tengah kilang bagi mencari rakannya sebelum pengsan, lapor myMetro.
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus