Perang Mu'tah, Kisah Peperangan Paling Menyayat Hati Dalam Islam!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Perang Mu'tah, Kisah Peperangan Paling Menyayat Hati Dalam Islam!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Perang Mu'tah, Kisah Peperangan Paling Menyayat Hati Dalam Islam Inilah kisah peperangan yang sangat menyayat hati Umat Islam. Perang Mu'tah terjadi pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah S.A.W telah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Romawi. Pertempuran Perang Mu'tah ini berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan.


Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda,"Jika Zaid gugur, maka Ja'far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja'far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya"

Para pahlawan Islam pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat informasi bahwa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentara sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentara. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat apakah harus mereka terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani,"Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci jestru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan jumlah, tetapi kita memerangi mereka demi Dinul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. "

"Oleh kerana itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; "menang atau syahid"!

Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu'tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.

Gambar- jimmybackpacker.blogspot.com
Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu perbandingan yang tidak masuk akal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan.

Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah, merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam di tangan.

Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau akhirnya gugur. Bendera segera diambil oleh Ja'far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederai tubuhnya, Ja'far tanpa ragu dan hirau akan kesakitan turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh mengayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Romawi datang dan berhasil memukulnya. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja'far terbelah dua dan beliau syahid menemui Tuhannya.

Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya berteriak, "Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang."

Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus memimpin pasukan. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada diasak hebat oleh tentera Rom.

Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh. Sembilah bilah pedang Khalid Al Walid telah patah semasa bertarung. Dari situlah dia diberi gelaran Saifullah atau Pedang Allah.

makam bagi panglima perang tentera Islam yang gugur syahid. Makam Jaafar Ibni Abi Talib, Zaid Ibni Harith dan Abdullah Ibni Rawahah.
Gambar- jimmybackpacker.blogspot.com
Selepas itu, Khalid Al Walid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Begitulah sedikit kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa banyak sahabat telah syahid demi mempertahankannya.

Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh menjamah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi'ar Islam.

Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, mereka sanggup mati kerananya dan dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah S.W.T.

Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan! Allah hu Akbar!!


sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Mu'tah
https://www.facebook.com/notes/shalahuddin-al-ayyubi-1137-1193-m/tahukah-antum-kisah-peperangan-yang-paling-menyayat-hati-umat-islam-kisah-memper/168338427461
http://jimmybackpacker.blogspot.com/2012/11/bahasa-melayu-dimedan-perang-mutah.html

kezoom.blogspot.com
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus