TRAGIS! Dua Anggota Polis Parah Ditembak Lelaki Bertatu Harimau - 4 GAMBAR SUSPEK DIDEDAHKAN!
Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu ‘Harimau’ di Lembah Maju, Ampang, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan.
Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba melarikan diri.
Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.
Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.
Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran. Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.
sumber
http://terengganutoday.com/muka-hadapan/terkini-dua-anggota-polis-parah-ditembak-lelaki-bertatu-harimau-11-gambar
ADA SEBARANG KOMEN??
- 18/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Satu kisah di Universiti Malaya mendapat…
- 28/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Negara paling kecil didunia yang letaknya di…
- 27/03/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kerajaan Malaysia sudah mengisytiharkan…
- 05/07/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Biodata Raja Zainal Badri kekasih…
- 15/06/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dipetik daripada kajian yang dilakukan…
- 30/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Beratus-ratus laman web dari…
- 22/04/2014 - Comments DisabledInfo dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Golongan…