BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BAYI LELAKI 6 BULAN MAUT AKIBAT LEMAS TERBELIT DALAM SELIMUT LEBIH SEJAM DI RUMAH PENGASUH!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini.

Difahamkan, bayi terbabit, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 5.10 petang tadi di hospital berkenaan.

Sumber berkata, bayi terbabit dihantar bapanya, Ahmad Zafwan Sulaiman, 32, ke rumah pengasuhnya, 7.15 pagi hari ini dalam keadaan baik.

"Kira-kira sejam selepas itu, bapanya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ammar Asyraf lemas dalam selimut.

"Bapanya bergegas ke rumah pengasuh dan tiba di sana jam 8.25 pagi untuk mengambil bayinya dan dibawa ke hospital," katanya.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke hospital, bayi terbabit dalam keadaan lemah dan kebiruan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisionar Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Harian Metro
  • PANAS! Facebook Ibu Remaja OKU 'Diserang' Ramai Gara-Gara Tidak Percaya Dakwaan Wanita Berkenaan Hidup Susah!!
    22/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Ramai tidak percaya Ibu anak OKU susah,…
  • Johor Bahru: LELAKI BUAT LAPORAN POLIS KERANA TIDAK TAHAN MAKANAN PEDAS SANGAT!! Macam-macam....
    05/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seorang lelaki telah pergi ke sebuah…
  • PENDEDAHAN EKSLUSIF: PUNCA SEBENAR ISRAEL BUNUH KANAK-KANAK PALESTIN!
    26/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEBAB UTAMA ISRAEL MEMBUNUH KANAK-KANAK…
  • GAMBAR DAHAN BERBENTUK KALIMAH ALLAH DIJUAL RM4.15 JUTA!!
    05/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Riyadh: Seorang ahli perniagaan dari…
  • BERANG Tindakan Isteri Pakai Jubah
    28/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pertelingkahan Sepasang suami isteri…
  • Hampir
    15/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kuching: Seorang anggota tentera wanita…
  • Nasib Muhammad Ahmad 'Isawa, Pemusnah,Perusuh & Pembunuh Ikhwanul Muslimin!!
    06/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com INILAH NASIB YANG MENIMPA ORANG YANG…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus