(GAMBAR) Peringatan Sopan Untuk ‘Kaki Picit’ Buah!
Antara perkara yang membuat peniaga sayur dan buah-buahan bengang adalah tabiat rakyat Malaysia yang suka memicit sebelum membeli.
Kadang-kadang tu kalau beli tak apalah, ini lepas lebam dan rosak sayur serta buah dipicit mereka berlalu pergi begitu sahaja dengan selamba.
Tidak hairanlah, peniaga buah menulis kenyataan yang boleh membuatkan pelanggan tersentak dan mengubah niat hati mereka jika terfikir mahu memicit buah-buahan yang dijualnya.
Kalau anda sendiri membaca apa yang ditampal pada kertas tersebut, tentu fikir banyak kali kan? Apa pun sekurang-kurangnya ayat yang digunakan masih sopan walau berbaur lucu.
Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub
ADA SEBARANG KOMEN??