Isu Bergambar dengan Bendera PAS: Ini Penjelasan Sebenar Nasir Bilal Khan!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Isu Bergambar dengan Bendera PAS: Ini Penjelasan Sebenar Nasir Bilal Khan!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



PETALING JAYA – Pelakon Nasir Bilal Khan berharap foto dia bersama dua wanita memegang bendera parti pembangkang PAS yang tersebar di internet tidak perlu diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

Nasir, 54, berkata, ia sekadar sekeping foto bersama peminat yang dirakam beberapa tahun lalu di Kedah dan tiada kaitan dia terlibat dengan parti politik berkenaan.

“Perkara ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Foto biasa sahaja dengan peminat.

“Bagi saya tidak kiralah peminat datang daripada mana-mana parti sekalipun, jika mereka mahu bergambar dengan saya, apa salahnya.

“Diharap foto itu tidak memberi sebarang persepsi negatif,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Sebuah portal pada Selasa memaparkan foto Nasir bersama dua wanita memegang bendera parti PAS.

Pelakon itu dikatakan dilihat seperti sedang menghadiri sebuah kempen untuk parti pembangkang tersebut.Foto tersebut membuatkan ramai berpendapat Nasir kini menyertai dunia politik.

Sementara itu, Nasir berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menyertai mana-mana parti politik mahupun sekadar menjadi ahli kerana risau sekiranya dianggap menyebelahi mana-mana pihak.

“Saya memang tidak mahu menjadi ahli mana-mana parti, takut dituduh ‘biars’ pula.

“Bagi saya, sebagai seniman, kita perlu berada di tengah-tengah dan akan bersuara jika ada perkara yang tidak disenangi.

“Ada artis lebih suka bersuara lantang mengenai rasa tidak puas hati mereka, tetapi saya lebih senang meluahkannya menerusi karya seni lakonan yang dibawakan,” tegasnya.

Sumber: Mynewshub
  • Kisah Seram Jalan Lama Karak.... SERIUS NGERI!
    28/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Lebuhraya karak mula dibina pada 1970…
  • GAMBAR WARGA EMAS GAGAL DISELAMATKAN OLEH PIHAK BOMBA, TERJUN DARI TINGGKAT 11!
    21/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com     GEORGETOWN 18 Mei -…
  • LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG 'MENDERITA' SELAMA 20 TAHUN DI SARAWAK!
    17/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kerjaya sebagai seorang guru semakin…
  • BERANG! AZHAR SULAIMAN MAHU BERJUMPA DENGAN CIKGU YANG MENAMPAR ANAKNYA?
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pelakon Azhar Sulaiman mengeluarkan…
  • BONGKAR! Punca MB Terengganu Ahmad Said Letak Jawatan.....
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com DIKHABARKAN Terengganu akan mendapat…
  • Lawatan Obama ke Malaysia : Inilah Menu Istimewa yang Dihidangkan! SAKSIKAN (3 GAMBAR)
    28/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com  Kuala Lumpur: Soto ayam dan…
  • [GEMPAR!] IMEJ PESAWAT TERSADAI DILAUT DIKESAN PELAJAR UNIVERSITI TAIWAN?
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar sebuah pesawat yang kelihatan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus