Punca Sebenar Banjir Kilat Di Mekah Dikenal Pasti!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Punca Sebenar Banjir Kilat Di Mekah Dikenal Pasti!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Banjir kilat yang berlaku di Mekah Khamis lalu, berpunca daripada kerja-kerja pembinaan di kota suci ini yang mewujudkan aliran baharu air sehingga mengakibatkan paras air naik mendadak.

Pengarah Urusan Projek Banjir Majlis Perbandaran Mekah, Ahmad Abdullah Al-Zaid berkata, projek pembinaan yang dijalankan mengakibatkan air mengalir dari beberapa lembah dan pergunungan berdekatan.

Katanya, hujan lebat turut menyebabkan paras air naik mendadak sekali gus menyaksikan banyak kenderaan serta premis-premis tenggelam dalam masa singkat.

“Sebanyak 50 peratus daripada purata taburan hujan tahunan di antara 80 hingga 100 milimeter dilaporkan turun dalam tempoh masa dua jam baru-baru ini,” katanya dalam laporan portal berita arabnews.com.




Tambahnya, pengumpulan air dari beberapa lembah berdekatan dan kawasan pembinaan di pergunungan terdekat turut menyumbang kepada peningkatan kadar pengaliran air yang menyebabkan banjir.

“Kerja-kerja pembinaan di jalan Kementerian Pengangkutan ke Madinah mewujudkan aliran baharu banjir yang turut mengubah perjalanan pengaliran air. Gabenor Mekah telah mengarahkan sisa pembinaan dan air yang bertakung dialih serta dilencongkan segera,” kata Al-Zaid.

Pegawai Perbandaran Mekah, Osama Al-Zaytouni, semalam berkata, pihak perbandaran telah bekerja siang dan malam untuk kerja pemulihan dan pembaikan sejak kelmarin.

“Kami telah mengarahkan seramai 3,920 kakitangan dibantu 140 jentera membersihkan jalan dan memulihkan semula pergerakan jalan raya,” katanya.
  • (Mesti Tengok!) Jurugambar Yang Terdesak.....
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kadang kala dalam kehidupan ini....kita…
  • UPDATE MH370 : GAMBAR TERKINI 28.4.2014, SYARIKAT EKSPLORASI DAKWA TEMUI BANGKAI PESAWAT !! (2 GAMBAR)
    28/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di…
  • MASYAALLAH! MAYAT WARGA EMAS MASIH SEMPURNA SELEPAS DILANGGAR TRELER (2 GAMBAR)
    12/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com GEORGETOWN – Walaupun dilanggar sebuah…
  • COMEL!! Lihat Rupa Sebenar Pelakon Hantu Juon Tanpa Make-Up (10 Gambar)
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pernah lihat Filem Seram Ju-On dulukan.…
  • Bongkar! PUNCA SEBENAR AWIE MENYESAL JALIN KERJASAMA DENGAN KRU!!
    16/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PETALING JAYA - Penyanyi rock Awie…
  • MH370: Penganalisis Percaya Pesawat Tidak Terhempas, Sudah Mendarat!
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah…
  • Tun Daim Zainuddin : Melayu Terkaya Di Dunia?
    23/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Dikenali sebagai seorang yang cukup…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus