Budak Perempuan 5 Tahun Naik Bas Cari Ibu... Apa Puncanya??

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Budak Perempuan 5 Tahun Naik Bas Cari Ibu... Apa Puncanya??

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mencetuskan gempar apabila bertindak menaiki bas secara berseorangan di pusat beli belah Kota Raya, Kuala Lumpur untuk mencari ibunya selepas dilaporkan hilang ketika keluar bersama.

Budak Perempuan Naik Bas Cari Ibu

Difahamkan kanak-kanak tersebut keluar bersama ibunya untuk ke pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum mereka terpisah.

Tindakan kanak-kanak tersebut menaiki bas bersendirian mengundang rasa pelik seorang wanita yang kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Tun HS Lee bagi tujuan keselamatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan mengenai kejadian dan berkata kanak-kanak itu telah dijumpai oleh ibunya.

Beliau berkata, ibu mangsa telah tampil ke balai polis dua jam selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang dan memberitahu kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Naikbascarimak/Article?BeritaUtama
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus