Isu Cadbury: Kementerian Kesihatan Malaysia Akui Silap!! Sketsa Apa Pulak ni??
sumber : mymediahub
Kuala Lumpur 3 Jun - Kementerian Kesihatan mengakui melakukan kesilapan berhubung dengan pengumuman 2 produk Cadbury mengandungi DNA Khinzir termasuk tidak memaklumkan kepada JAKIM terlebih dahulu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata kesilapan berlaku apabila maklumat terhadap ujian makmal yang dijalankan ke atas produk Cadbury dibocorkan ke laman sosial selain pengumuman awal yang dibuat oleh Pengarah Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan telah menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
"Kebocoran maklumat awal siasatan itu adalah kesilapan daripada pegawai kami. Sikap terburu-buru telah menimbulkan kekeliruan dalam perkara ini. Saya mohon kepada semua untuk menerima keputusan Jakim. Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kami dan kementerian sedang jalankan siasatan dalaman dan tindakan tegas akan diambil," katanya.
Pengumuman KKM berhubung penemuan DNA Khinzir dalam 2 produk Cadbury baru-baru ini telah mengejutkan umat Islam.
Namun semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury terbabit disahkan tiada DNA Khinzir.
Dr Hilmi menjelaskan, sebarang keputusan berkenaan status halal atau haram melibatkan sesuatu produk kelak akan diuruskan oleh Jakim.
"Orang ramai boleh meyakini siasatan Jakim yang telah membuat pengesahan produk itu tidak mengandungi unsur haram dan selamat dimakan," katanya. - Sumber asal dari Utusan Malaysia
Apa yang menjadi persoalan rakyat kini ialah:
- Mengapa kenyataan awal Ketua Pengarah Kesihatan semalam mempertahankan hasil ujian makmal kesihatan yang mengesahkan 2 produk tersebut mengandungi DNA Khinzir dan sebalik petang pula Timbalan Menteri mengakui berlakunya kesilapan dari KKM sendiri?
- Orang ramai mempersoalkan, mengapa JAKIM mengambil sampel 2 produk terbabit terus dari kilang berbanding sampel di pasaran? Setelah kes ini menjadi viral, sudah tentu kilang Cadbury boleh buat apa saja untuk mengelak 2 produknya itu dikesan mengandungi DNA Khinzir sebelum didatangi oleh pegawai JAKIM.
- Tindakan Timbalan Menteri Kesihatan mengakui kesilapan dari KKM sendiri dilihat sebagai menjadikan pegawai-pegawai makmal tidak ubah seperti kambing hitam serta menjaga tembolok masing-masing.
Entah berapa banyak produk yang mengandungi DNA Khinzir yang dirahsiakan oleh KKM meskipun kita tahu KKM bukan berfungsi menentukan halal haram makanan yang berada di pasaran.
ADA SEBARANG KOMEN??