BERITA BURUK BUAT KAKI DOWNLOAD PENGASAS PIRATE BAY DITAHAN POLIS SWEDEN!!
KUALA
LUMPUR: Pengasas bersama perisian perkongsian fail Pirate Bay, Peter
Sunde ditahan polis Sweden selepas beberapa tahun didakwa melanggar
undang-undang hak cipta.
Persoalannya kini kenapa hanya pengasas rangkaian rakan ke rakan Pirate Bay didakwa sementara yang lain tidak?
Berbanding Sunde dan tiga rakan kongsi pirate bay yang lain, pengasas Napster, Shawn Fanning dan Sean Parker disaman syarikat pemilik hak cipta tetapi tidak dipenjarakan atau dianggap melakukan jenayah.
Begitu juga pengasas Kazaa, Niklas Zennstrom dan Janus Friis yang kemudian mencipta Skype sebelum menjualnya kepada Ebay bernilai AS$2.6 bilion.
Pirate Bay juga merupakan kes tunggal dimana perisian perkongsian fail didakwa atas perbuatan jenayah.
Seorang lagi pengasas Pirate Bay, Gottfrid Svartholm Warg ditahan pada 2012 di Kemboja sementara Fredrik Neij masih diburu.
Pembiaya utama laman web Pirate Bay Carl Lundstrom sudah habis menjalani hukuman penjara dan kini tinggal di Switzerland.
Seorang usahawan teknologi komputer yang bijak, Sunde juga mencipta perisian yang kalis intipan agensi kerajaan seluruh dunia.
Justeru ada yang menganggap ia satu konspirasi untuk menjatuhkan Sunde dan rakan-rakannya yang memperjuangkan kebebasan internet & bebas dari intipan Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA). -MYMEDIAHUB

ADA SEBARANG KOMEN??