Jawapan Pakar: Inilah Punca Kupu-Kupu Gergasi Banyak Sekarang !
Kuantan
- Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar
ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan
pelancong luar.
Serangga
bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering
mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.
Malah,
ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola
sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir
Piala FA Jumaat lepas.
Profesor
Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia
Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata, serangga 'misteri' ini dikenali
dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile.
Beliau
berkata, pelbagai teori boleh dikaitkan dengan kemunculan kupu-kupu
termasuk faktor perubahan cuaca yang menyebabkan peningkatan mendadak
serangga itu di bandar ini.
"Lazimnya,
serangga ini mendiami kawasan tanah tinggi tetapi ada kemungkinan ia
boleh didapati dengan banyak di kawasan penanaman atau kawasan
pembangunan terutama pada Mei hingga Ogos setiap tahun.
"Serangga
yang bersifat nokturnal ini sangat aktif pada waktu malam dan akan
mudah tertarik dengan cahaya lampu. Pada siang hari, ia akan berehat dan
mendiami kawasan teduh dan sejuk seperti di bumbung-bumbung rumah atau
di kaki pokok-pokok besar," katanya ketika dihubungi di sini.
Prof
Che Salmah berkata, faktor tarikan lampu, perubahan cuaca, banyak
sumber makanan serta tiada musuh yang mengancam keselamatan serangga ini
turut mempengaruhi kemunculannya.
"Walaupun kajian menyatakan serangga ini tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh.
"Bulu
pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat
sensitif terhadap penghidap penyakit lelah," katanya. - Bernama
ADA SEBARANG KOMEN??