Isteri Tua Baru Lepas Bersalin MAUT Terjun Dari Tingkat 11 Gara-Gara Suami Kahwin Lain!
LAGI TRAGEDI NGERI GARA-GARA POLIGAMI
INNALILLAHI WAINNAILAIHIROJIUN – “Sesungguhnya bagi Allah, dan sesungguhnya kepada Allah jua (kembali) rujukannya”. Dalam kita masih terkesima dengan kes isteri yang memotong ke_malu_an suami gara gara isu poligami, pagi ini kita dikejutkan lagi dengan tragedi ngeri juga berpunca dari isu poligami.
Seorang wanita yang baru bersalin ditemui maut selepas terjun dari tingkat 11, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, dekat Kuala Lumpur semalam. Perbuatan itu dipercayai dilakukan mangsa akibat terlalu kecewa apabila mendapat tahu suaminya berkahwin lagi dengan warga Indonesia.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum melompat dari tingkat 11 PPR itu.
Menurut sumber, mangsa sebelum ini pernah cuba untuk membunuh diri, selain sering bergaduh dengan suaminya. “Dia (mangsa) terjun dari beranda rumahnya sebelum ditemui orang awam jam 9.30 pagi,” katanya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhamad Yusuf, berkata mangsa yang ada kad rawatan sakit mental terjun dari tingkat tingkat 11 PPR itu sebelum orang awam menghubungi polis pada jam 9.50 pagi.
BERLELUASANYA TINDAKAN BUNUH DIRI
Semakin hari semakin banyak pula tindakbalas nekad umat manusia dalam usaha melepaskan diri dari masalah yang melanda. Jalan mudah yang menjadi pilihan mereka ialah dengan membunuh bunuh diri. Tidak kira tua, muda, lelaki atau wanita, orang biasa atau yang berpendidikan tiada yang terkecuali. Antara puncanya ialah samada masalah hutang, kegagalan cinta atau sebab kemiskinan.
Pada 9 Mei 2014 yang lalu, admin terima berita sadis seorang AJK Surau di Pasir Gudang ditemui mati tergantung dengan tali di sebatang pokok tidak jauh dari suraunya. Mayat beliau yang masih lengkap berpakaian sembahyang ditemui waktu subuh. Berita yang dikirim oleh pembaca itu seakan sukar dipercayai sehinggalah kami lihat sendiri 2 keping gambar yang dikirimkan.
Samada ia ada kaitan jenayah atau beliau sengaja menggantung diri masih belum diketahui. Punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu juga tidak diketahui. Dengan perasaan yang amat kesal dan sedih kita ucapkan takziah kepada keluarga arwah. Biar apa pun sebabnya, kita berharap agar bukan beliau menggantung diri ‘dengan sengaja’. Dengan bersangka baik kita harapkan beliau tersilap, tidak sengaja atau mungkin angkara pihak ketiga.
BUDAYA BUNUH DIRI LARANGAN KERAS AJARAN ISLAM
Bunuh diri adalah perbuatan dengan niat untuk menamatkan riwayat. Amalan ini banyak berlaku di kalangan penduduk dunia, khususnya yang bukan Islam. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan kira-kira satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun.
Cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan namun kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri.
Di dalam Islam perbuatan membunuh diri adalah termasuk dalam dosa besar dan dilarang keras. Hal ini kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan oleh Allah dan diutamakan melebihi makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.
Orang yang membunuh diri adalah orang yang menyerah kalah, lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Ia juga menunjukkan kurangnya kepercayaan seseorang itu terhadap takdir Allah SWT, sedangkan Islam mengajarkan umatnya tentang kepentingan sabar dan tawakkal serta melarang daripada sifat berputus asa dan sebagainya.
Untuk kita yang menerima berita ini, harap ambil pelajaran sebanyak banyaknya. Janganlah sesekali berlaku lagi sebarang cubaan untuk membunuh diri kerana itu jauh terpesong dari ajaran agama kita yang mahasuci ini.
Islam mengajarkan, sekalipun mengalami kecederaan berat dalam peperangan pun kita dilarang untuk mempercepatkan kematian dengan mencederakan diri. Jika mencederakan diri dengan sengaja sahajapun sudah dilarang, inikan pula membunuh diri.
Allah berfirman: “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 29)
Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "siapa pun yang secara sengaja bersumpah palsu bahwa agamanya bukanlah Islam, maka ia adalah sebagaimana yang ia katakan. dan siapapun yang membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, di neraka ia akan diazab dengan benda yang sama". - HR dari Tsabit bin Al Dhahhak ra.
Dalam hadis lain, baginda SAW pernah bersabda, "seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya" - HR dari Jundab ra.
Sabdanya lagi, "ia yang bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus mencekik dirinya sendiri dan ia yang bunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus menikam dirinya sendiri" - HR dari Abu Hurairah ra.
JADIKAN MASALAH HIDUP SEBAGAI BAHAN PELAJARAN YANG MEMANDAIKAN
Hidup ini tidak boleh lari dari melalui pelbagai masalah dan ujian. Janganlah kita sekali kali mengambil jalan singkat dengan membunuh diri hanya untuk melarikan diri dari menghadapi masalah yang melanda.
Jiwa dan raga kita milik Allah. Allah sahaja yang berhak mengambil semula nyawa kita. Biarkanlah itu terus menjadi urusan Allah, jangan kita cuba untuk mendahuluinya. Sentiasalah berdoa dan memujuk hati dalam menjalani kehidupan yang memang penuh dengan pelbagai pancaroba dan dugaan ini..
“Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada perasaan sedih dan dukacita, aku berlindung kepadamu daripada lemah dan malas, aku berlindung kepadamu daripada bahkil dan penakut dan aku berlindung kepadamu daripada beban hutang dan tekanan perasaan.”
KESIMPULAN
Yang pergi sudah pun meninggalkan kita. Jangan kita tambah dengan pelbagai fitnah, biar apapun sebab musabab kejadian ini. Yang penting ialah kita yang masih hidup ini dapat mengambil pelajaran dari asbab ini untuk TIDAK SEKALI KALI MENCUBANYA.
Kepada murobbi keluarga dan ketua masyarakat, banyakkanlah membaca, mengkaji dan menyebarkan ilmu dari quran dan hadis. Sampaikanlah pesanan ini berulang-ulang tanpa jemu kepada anak-anak dan ahli masyarakat kita. Janganlah kita ikuti budaya kuffar ini.
Setiap masalah ada hikmahnya dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Ia adalah cara Allah menguji keimanan kita. Jadikanlah ia pelajaran yang akan memandaikan kita. Selesaikanlah dengan ilmu dan iman, jangan terlalu mengikutkan NAFSU yang dikuasai regim jahat SYAITAN terkutuk. Kita hanya perlukan ilmu dan pengatur yang saksama untuk membantu usaha menyelesaikannya.
Kenali dan dampingilah ahli keluarga dan anggota masyarakat setempat yang sedang menghadapi masalah. Tanda mereka bermasalah itu dapat dilihat dari habit kemurungan, menyendiri dan sebagainya. Dekatilah ahli kita dengan bijaksana. Jangan beri tekanan yang berlebihan jika kita tahu mereka sedang dalam keadaan sedia tertekan.
Seruan khusus
WARGA PRIHATIN
kredit: Facebook Warga Prihatin
ADA SEBARANG KOMEN??