KANAK-KANAK PEREMPUAN 10 TAHUN MAUT DILANGGAR KERETA PERONDA POLIS DI TAWAU!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

KANAK-KANAK PEREMPUAN 10 TAHUN MAUT DILANGGAR KERETA PERONDA POLIS DI TAWAU!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut selepas dilanggar di hadapan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Jalan Utara, di sini, pada Rabu. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata Pundia Mulpi disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Tawau akibat cedera parah di bahagian kepala dalam kemalangan kira-kira pukul 11.00 pagi itu.

“Ketika kejadian, Ahmad Kasim, 51, dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau tidak sempat mengelak menyebabkan dia terlanggar Pundia yang melintas secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Ahmad dalam perjalanan dari Hilltop menuju ke pusat bandar. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan.


Kredit: sayangsabah.com
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus