KFC Halau Keluar Budak Perempuan Kerana Wajah Menakutkan Pengunjung Lain??!
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN
SEORANG kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut telah diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi, selepas pekerja di situ berkata mukanya itu menakutkan pengunjung yang lain.
Keluarga kepada Victoria Wilcher, 3, bagai mengalami mimpi ngeri selepas mereka diminta untuk meninggalkan restoran popular itu hanya kerana wajah anak perempuan mereka .
Mereka berkongsi kemarahan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory (Kemenangan Victoria).
"Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini telah diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung yang lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook.
Wilcher cedera dalam serangan pada bulan April, apabila tiga ekor anjing datuknya berlari menuju rumahnya di Simpson County, Mississippi.
Anjing-anjing itu masuk melalui pintu belakang rumah dan menerkamnya.
Anjing-anjing itu kemudian mengheret kanak-kanak itu ke belakang rumah dan terus menyerangnya sebelum datuknya, Donald Mullins, dan teman wanitanya, Rita Tompkins, cuba untuk menghentikan serangan.
Anjing-anjing itu turut menyerang tuannya itu, menyebabkan Mullins terpaksa menembak mereka. Dua ekor anjing berjaya dibunuh manakala Wilcher dikejarkan ke bilik kecemasan.
Bahagian atas dan bawah rahangnya berkecai, tulang pipi, hidung dan tulang bahagian matanya patah.
Menurut posting pertama di Facebook, Wilcher hilang mata kanannya dan hilang keupayaan untuk bergerak pada bahagian kanan mukanya.
Mullins dan Tompkins telah ditangkap atas tuduhan membahayakan kanak-kanak.
Lapan ekor anjing pasangan berkenaan yang masih hidup telah dirampas oleh pegawai- pegawai Kawalan Haiwan.
Wilcher berada di hospital selama kira-kira satu bulan selepas serangan itu. Setelah pulang ke rumah, dia menjalankan terapi fizikal dan memakai tiub untuk makan.
"Saya membawanya berjumpa doktor dan pergi ke KFC," kata nenek Wilcher, Kelly Mullins.
"Saya memesan teh manis bersaiz besar dan kentang putar berserta kuah untuknya kerana dia lapar. Dia dipasang tiub pada masa itu, saya anggap hanya kentang yang boleh ditelan dengan tiub itu."
"Mereka hanya beritahu kami, "Kami perlu meminta anda meninggalkan tempat ini kerana mukanya mengganggu pelanggan-pelanggan kami". Victoria benar-benar faham apa yang mereka katakan," katanya.
Mullins berkata dia meletakkan Victoria dalam kereta dan terus meninggalkan tempat itu.
Katanya, Victoria menangis sepanjang perjalanan pulang ke Simpson County.
"Sekarang apabila kami pergi ke sesuatu tempat, dia tidak mahu keluar," kata Mullins.
Sejak posting mengenai kejadian di KFC itu pada Khamis, ia dihujani simpati dan kemarahan terhadap syarikat itu.
"KFC melancarkan siasatan sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang laporan ini," kata jurucakap KFC Rick Maynard pada Jumaat.
"Kami memandang serius perkara ini, dan langsung tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tindakan menyakiti atau tidak menghormati tetamu kami. Siasatan sedang dijalankan, tetapi kami akan melakukan tindakan yang betul untuk kanak-kanak comel ini dan keluarganya, dan akan bekerjasama dengan pemegang francais untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap restoran."
KFC juga bertindak balas terhadap posting di Facebook di ruangan komen dengan menulis: Harap dapat menerima
permohonan maaf ikhlas kami sementara kami cuba menyiasat kejadian ini.
Sumber: mStar
ADA SEBARANG KOMEN??