PADAH! Komen Hina Islam Di FB, Lelaki Didakwa Di Mahkamah ! (Gambar)
Seorang pembantu kejuruteraan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook dua tahun lepas.
Gopinath Jayaratnam, 28, dari Taman Klang Jaya mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pejabat beralamat No 14, Tingkat Bawah, Jalan Jasmin 8, Botanik Walk East, Bandar Botanik, Klang kira-kira pukul 6 petang, pada 25 Sept 2012.
Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, sebelum ini menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada September 2012.
Hakim menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes dengan mengenakannya wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam G.Sivamalar dan V.Thiru Kumar. – BERNAMA
ADA SEBARANG KOMEN??