Punca Budak 7 Tahun Maut Terjatuh Dari Aras 3, The Gardens Mid Valley!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Punca Budak 7 Tahun Maut Terjatuh Dari Aras 3, The Gardens Mid Valley!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com




Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley, jam 2.20 petang tadi.

Tragedi berlaku apabila Nurul Emielda Nadia Sallehuddin dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir.

Nurul Emielda yang jatuh ke tingkat bawah pusat beli belah mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan segera dibawa ke hospital menggunakan ambulan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kanak-kanak tahun satu ini datang ke Mid Valley bersama ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian ini.Semasa mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata Nurul Emielda Nadia Sallehuddin itu yang mengikut keluarganya untuk membeli-belah di situ, dipercayai telah memanjat eskalator dan terjatuh.

Gambar tempat kejadian yang diambil oleh pengunjung kini beredar di media sosial.
Polis berkata hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati, bapanya terlepas pandang dan mendapati anaknya terjatuh ke aras Ground.

Hasil pemeriksaan badan mangsa mendapati bahagian kepala mangsa telah pecah.

Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.


Kepada para ibu bapa, awasilah anak-anak anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

  • MasyaAllah! Wanita Buta Boleh Melihat Kembali Selepas Berdoa Di Masjid Nabawi
    25/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com MasyaAllah! Itu yang mampu diungkapkan…
  • Apa Bendanya Ni Seram Gila Bila Tengok! (8 GAMBAR)
    19/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Admin pertama kali tengok benda ini.Mula…
  • PATUTKAH?? KES TAMPAR PELAJAR, GURU MINTA MAAF & BAYAR RM10,000 SEBAGAI GANTI RUGI!!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bapa kepada seorang pelajar bersetuju…
  • (MESTI BACA)
    28/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SHAH ALAM - “Pemberian netbook bukanlah…
  • Maklumat Kedatangan Obama Ke Malaysia: 'Untuk Memberitahu Anda, Saya Perlu Membunuh Anda.'!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bersedialah dengan kawalan keselamatan…
  • Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!
    28/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Penjawat awam merupakan golongan yang turut…
  • 2 Gadis Remaja
    27/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Mengejutkan. Seorang remaja perempuan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus