TERKINI: (GAMBAR) Mayat Suspek Kelar Kanak-Kanak 2 Tahun Telah Ditemui!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

TERKINI: (GAMBAR) Mayat Suspek Kelar Kanak-Kanak 2 Tahun Telah Ditemui!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com



KUALA LUMPUR: Polis telah menemui mayat suspek yang memb_u_n_u_h secara kejam dengan mengelar sehingga putus kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, Siti Soffea Emelda, kelmarin.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II, Kuala Lumpur, Omar Chekku, yang mengetuai operasi pencarian tesebut memberitahu Astro AWANI bahawa mayat suspek itu telah ditemui dalam arus Sungai Klang di bawah tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam.

“Mayat telah dibawa naik dan telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata Omar.

Usaha pencarian hari ini bermula kira-kira pukul 10.50 pagi dengan dibantu tujuh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Unit Skuba.

Tiga buah kayak turut digunakan dalam operasi pencarian suspek.

Siti Soffea menjadi mangsa seorang lelaki tidak berhati perut yang dikatakan telah menghentak kepala mangsa dengan serpihan seramik serta mengelar leher mangsa sehingga putus.

Suspek turut dilihat cuba membaringkan mangsa dipercayai cuba untuk mencekiknya di tempat kejadian yang terletak berdekatan tebing Sungai Klang berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Jalan Tun Sambanthan.

Lelaki yang dipercayai warga tempatan itu terjun ke dalam sungai sewaktu mengelak daripada ditangkap orang ramai dan anggota polis bantuan yang melihat kejadian.


Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat ditemui kira-kira jam 4 petang.

Namun, sumber berkata kejadian tersebut mungkin berpunca daripada: Punca Kes Pemb_u_n_u_han Kejam Kelar Leher Kanak-Kanak.

Kronologi Kes Video CCTV dan Gambar Suspek (3 Gambar)
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus