Siapa Rockers Terkenal yang Belasah Isteri Depan Orang Ramai??!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Siapa Rockers Terkenal yang Belasah Isteri Depan Orang Ramai??!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

Seorang rockers terkenal diberitakan telah membelasah isterinya di sebuah bank di Ampang hingga mengejutkan kakitangan dan pelanggan didalam bank tersebut.

Rockers Terkenal Belasah Isteri Depan Orang Ramai

Dikatakan, sebelum tiba di bank berkenaan pun wanita itu sudah ditampar oleh suaminya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.

Hanya selepas beberapa hari insiden itu berlaku, ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan rockers ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya.

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock itu meminta isterinya membuat pengeluaran di bank berkenaan.

Menurut sumber, penyanyi rock itu bertindak sedemikian mungkin disebabkan gagal mengawal perasaan marah terhadap isterinya.

Tinjauan media di tempat kejadian semalam, gagal untuk mendapatkan maklumat daripada kakitangan bank berkenaan. Usaha untuk mendapatkan gambaran kejadian tidak berjaya apabila kakitangan enggan mengulas atau seolah-olah tidak mengetahui berlakunya insiden itu.

sumber

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rockerspukulisteridepanorangramai/Article/index_html
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus