Kisah SEBENAR Budak 4 Tahun Ditikam Bapa Saudara!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Kisah SEBENAR Budak 4 Tahun Ditikam Bapa Saudara!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Kota Bharu: “Beberapa kali saya ‘mengucap’ apabila melihat keadaan anak yang mengerang kesakitan dengan bajunya penuh darah selepas ditikam. Tak sangka dia (abang) sanggup bertindak begitu,” kata Cik Muji Ramli, 41, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditikam dua kali oleh bapa saudaranya di Jalan Bayam, di sini, kelmarin.

Akibat tikaman itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya cedera di pinggang kiri dan kanan dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan disahkan stabil selepas menerima beberapa jahitan.


Mengimbas detik cemas itu, Cik Muji berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika anak bongsu itu bermain di belakang rumah, sebelum abangnya yang berusia 44 tahun datang menghampiri sambil membawa pisau.


“Sebelum itu, abang tiba-tiba mengamuk kerana perkara yang saya sendiri tidak faham sebelum ke dapur mengambil pisau pemotong sayur, sebelum menikam pinggang kanan Mohamad Danish.


“Abang juga sekali lagi menikam pinggang kanan anak selepas menyeretnya masuk ke dalam rumah. Saya terkejut ketika itu apatah lagi lihat anak meraung kesakitan dengan baju berlumuran darah.


“Saya tak mampu buat apa-apa kerana ketika itu abang masih memegang pisau. Namun, saya nekad mengambil Mohamad Danish dan lari meminta bantuan jiran,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, semalam.



Cik Muji berkata, sepanjang perjalanan ke hospital menaiki ambulans, dia hanya mampu mengucap beberapa kali berikutan tidak sanggup melihat anaknya mengerang kesakitan.


“Alhamdulillah apabila tiba di hospital, doktor memaklumkan kecederaannya tidak serius dan dia hanya menerima dua jahitan saja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek dipercayai mengamuk kerana tidak menerima wang bantuan RM60 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


“Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertanya ibu mangsa yang baru pulang dari bank mengenai wang bantuan JKM yang masih belum diterima,” katanya. -Metro

KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus