#MH370: TERKINI, 2 GAMBAR SATELIT OBJEK SEPANJANG 24METER KEMUNGKINAN BESAR SAYAP PESAWAT !

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

#MH370: TERKINI, 2 GAMBAR SATELIT OBJEK SEPANJANG 24METER KEMUNGKINAN BESAR SAYAP PESAWAT !

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


KUALA LUMPUR: Objek sepanjang 24 meter yang dikesan satelit di kawasan selatan Lautan Hindi berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER, kata penganalisis.

Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Shamsuri Ahmad Mokhtar berkata jika spesifikasi 24 meter yang dikesan satelit ia berkemungkinan dari badan atau sayap pesawat.

Namun, katanya yang paling munasabah dengan saiz atau panjang itu ialah sayap Boeing 777.

"Difahamkan saizdebrisyang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777.

"Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dr Shamsuri juga berkata, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukansoft landing.

"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika seripihannya 24 meter, ia memberi petanda berlakusoft landingsebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai," katanya.

Hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini. -Astro Awani
  • EKSLUSIF: Foto Perkahwinan Qi Razali dan Uqasha Senrose TERSEBAR??
    22/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Foto perkahwinan Qi Razali dan Uqasha…
  • Giliran Suami Lola,Bapa Tiri Muhammad Firdaus Pula Bercerita
    24/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Bahau: “Isteri saya terlalu sayangkan…
  • Kapten Zaharie Ahmad dan... KISAH DISEBALIKNYA! (MESTI BACA)
    16/03/2014 - Comments Disabled
    BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah…
  • EKSKLUSIF! Discovery Channel cuba bongkar misteri kehilangan pesawat MH370
    18/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com EKSKLUSIF !!! Discovery Channel cuba…
  • Gempar! 3 GAMBAR 'JANIN' DITEMUI DALAM CILI GILING READY MADE?
    06/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebuah gambar yang menunjukkan…
  • Nak Tahu Dengan Lebih Dekat Siapa Kekasih Hati Felixia Yeap? Jom Baca Biodata Beliau Di Sini!
    05/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Biodata Raja Zainal Badri kekasih…
  • Tragedi #MH370: Ulasan Dr Haron Din - Allah Malukan Malaysia?
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.ComDato Dr Ustaz Haron Din sebelum telah…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus