#MH370: TERKINI, MARITIM AUSTRALIA SAHKAN TEMUI OBJEK 24METER DIKESAN TERAPUNG DI LAUTAN HINDI

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

#MH370: TERKINI, MARITIM AUSTRALIA SAHKAN TEMUI OBJEK 24METER DIKESAN TERAPUNG DI LAUTAN HINDI

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek yang ditemui adalah lebih kecil.

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.



Beliau berkata sejurus menerima berita tentang objek-objek tersebut, empat pesawat telah dihantar ke kilometer 2,500 barat selatan Perth.

Beliau turut berkata pesawat tentera udara Australia, Orion, telah dihantar ke kawasan tersebut pada pukul 1.50 petang.

Tiga lagi pesawat Poseidon dijangka tiba di kawasan tersebut pada pukul 3 petang.

Beliau menambah, cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad mungkin mengganggu operasi mencari objek tersebut.




Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot mengumumkan di Parlimen negara itu bahawa dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat MAS MH370 yang telah dijumpai.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti," katanya.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini. -Astro Awani
  • BONGKAR! Punca MB Terengganu Ahmad Said Letak Jawatan.....
    12/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com DIKHABARKAN Terengganu akan mendapat…
  • Pesawat Tentera Udara China Jumpa Objek Putih! Mungkinkah MH370?? (3 GAMBAR)
    05/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebuah pesawat tentera udara China mencari…
  • MH370:
    25/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEPANG: "Hancur luluh hati saya apabila…
  • PANAS! Isu Engku Emran mahu rujuk semula : INI RESPONS ERRA FAZIRA!!
    14/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Beberapa hari lepas, Engku Emran menerusi…
  • TERSENTUH... Doa sayu Dayana Lokman buat madu dan Ashraf Muslim!
    25/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Siapa sangka disebalik perkahwinan secara…
  • PANAS! Benarkah Ini PUNCA Awie Pukul Isterinya, Rozana Misbun?
    04/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kontroversi penyanyi rock terkenal, Awie…
  • BERANG Tindakan Isteri Pakai Jubah
    28/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pertelingkahan Sepasang suami isteri…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus