MH370: Teori Pesawat Disorok di Diego Garcia - AMERIKA SYARIKAT TAMPIL BERI KENYATAAN!!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MH370: Teori Pesawat Disorok di Diego Garcia - AMERIKA SYARIKAT TAMPIL BERI KENYATAAN!!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com
Amerika Syarikat Nafi MH370 Ada di Diego Garcia

Bila pelbagai spekulasi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlegar-legar dalam kalangan orang ramai, teori mengenai penglibatan Amerika Syarikat (AS) paling popular.

Teori tersebut ialah pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone (alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi) oleh AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Hari ini menurusi akhbar Sinar Harian, pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menjawab teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Menurut jurucakapnya, tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

“Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/as-jawab-teori-diego-garcia-1.269037
  • Bilik Guru Disiplin Sekolah Menengah Di Klang Hampir Musnah Dibakar!
    20/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Klang – Bilik disiplin sebuah sekolah…
  • Dulu Kerja Makan Gaji,Sekarang Miliki 4 Restoran Mamak - Kisah Benar!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Gambar hiasan Saya berbual dengan…
  • MH370:
    25/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEPANG: "Hancur luluh hati saya apabila…
  • Penjelasan SEBENAR Lelaki Lenyek Kucing Sebab Bumper Kereta Pecah?
    02/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Satu kisah menjadi viral apabila seorang…
  • Nak Tahu Cara Mudah Ketahui Jantina Bayi Dalam Kandungan? BACA TIPS-TIPS INI!!
    16/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Terdapat banyak mitos dalam setiap…
  • GAMBAR:
    25/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com . Iman Ishak, 25, adalah seorang…
  • Luah Perasaan di Facebook Tak Setuju GST, Pelajar UiTM Berdepan Tindakan Disiplin!! Apa Reaksi Anda??
    08/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Seorang pelajar UiTM berdepan dengan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus