BIADAB! ARTIKEL SINIS BUAT WARTAWAN CNN YANG BERI GRED D PADA MALAYSIA DALAM USAHA MENCARI MH370

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

BIADAB! ARTIKEL SINIS BUAT WARTAWAN CNN YANG BERI GRED D PADA MALAYSIA DALAM USAHA MENCARI MH370

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


1. Malaysia Airlines hanyalah sekadar syarikat penerbangan nasional sebuah negara dunia ketiga. Oleh itu ia tidak memahami konsep ketelusan, tanggungjawab dan juga tidak tahu untuk menguruskan operasi mencari dan menyelamat. 

2. Jadi apabila pesawat MH370 hilang, kerajaan Malaysia memilih untuk menyembunyikan sebab sebenar tragedi ini, mengelirukan media antarabangsa dan menipu seluruh dunia. 

3. Sudah tentu ia sengaja dilakukan bersma-sama dengan 26 buah negara yang terlibat dalam operasi ini. Hairannya, negara dunia ketiga yang tidak tahu apa-apa ini berjaya mengumpul dan menguruskan sebuah operasi mencari dan menyelamat yang terbesar dunia pernah saksikan.

4. Ini pastilah bukan kerana keupayaan Malaysia sebaliknya hanya sekadar kebetulan dan nasib,

5. Hakikat bahawa tragedi MH370 adalah yang pertama kali dalam sejarah penerbangan dunia moden sengaja dilupakan. Adakah ini kerana Malaysia sebagai negara membangun dilihat tidak mungkin akan berjaya mencari? Atau adakah kerana ini adalah negara yang pernah menolak bantuan antarabangsa dalam menangani krisis Mata Wang Asia 1998?

6. Kebencian terhadap Malaysia dalam pengurusan MH370 oleh media antarabangsa amat menghairankan. Seolah-olah segala yang berkaitan dengan MH370 adalah tidak benar. Sebagi contoh media antarabangsa yang mereka-reka pelbagAi teori mengenai juruterbang MH370 begitu menjelek mata. Adakah perkara yang sedemikian dilakukan terhadap juruterbang pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009?

7. Diskriminasi ini mestilah kerana hanya juruterbang MAS yang boleh dikaitkan dengan pengganas. Oleh itu ianya wajar untuk media antarabangsa mencalar reputasi Kapt Zaharie Ahmad.

8. Pembuat pesawat Boeing 747 tidak bersalah dan tidak mungkin bersalah. Yang salah adalah MAS. Ini menjelaskan mengapa sehingga sekarang tidak ada penjelasan daripada Boeing mengapa sebuah pesawat yang dikatakan serba canggih dan moden ini boleh lesap terus di udara.

9. Selepas 60 hari nampaknya kerajaan Malaysia hanya berupaya mengeluarkan laporan setebal 5 muka surat. Begitulah pemalas dan tidak kreatifnya kerajaan Malaysia dalam menipu dunia. Sepatutnya kerajaan menjadi lebih bijak dengan memalsukan fakta seperti serpihan pesawat dijumpai dan juga dimasukkan puluhan teori MH370. Dengan ini barulah laporan MH370 menjadi tebal.

10. Mengambil kira kegagalan ini, Perdana Menteri Malaysia haruslah meletak jawatan supaya buah ahti media antarabangsa, Ketua Pembangkang dapat memimpin negara dan sekaligus menyelsaikan tragedi MH370 dalam sekelip mata.

11. Malahan bukankah ini juga yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat apabila beliau tidak berupaya menangani tragedi Taufan Katrina pad pada 2005. Did he?

12. Apapun, Malaysia haruslah menerima nasihat, teguran dan kritikan oleh media antarabangsa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan bebas dalam menyampaikan laporan sehinggakan mencuri dengar perbualan telefon pemimpin mereka atas nama kebebasan media serta menerima suapan untuk menyembunyikan laporan salah laku pemimpin mereka.

13. Atas sebab ini, terima kasih diucapkan kepada Encik William Pesek, wartawan Bloomberg yang banyak memenangi anugerah kewartawanan kerana memberikan markah A- kepada Korea Selatan dalam menangani tragedi feri karam.

14. Sekarang kita tahu untuk mendapatkan markah tinggi dalam pengendalian krisis, kita hanya perlu menyumbat feri kita sehingga lebih muatan dan apabila tenggelam, kerajaan menghantar bot penyelamat hanya untuk menyelamat krew kapal dan membiarkan penumpang seperti pelajar sekolah lemas.

15. Terima kasih juga kepada CNN.

SUMBER - MATRODI
  • Benarkah Awie Pukul Kakaknya? Ini Komen Amanda Misbun, Adik Ipar Awie!
    27/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Pelakon Amanda Misbun merupakan adik…
  • BONGKAR! Cerita Sebenar Disebalik Tragedi Tengelamnya Kapal TLDM KD Sri Perak!!
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Masih ingatkah tentang tragedi…
  • SAYU: Luahan Hati Isteri Kedua Ashraf Muslim Kepada Anaknya!
    18/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Wan Sakinah telahpun selamat melahirkan anak…
  • Bermula Huruf 'R'... Felixia Yeap Akhirnya Dedah Nama Baru yang Bakal Dipilihnya!
    29/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com "Saya selalu letak huruf 'R & R' di…
  • Malang! Wang RM10K Lesap, Maruah Tergadai Ditipu Duda
    06/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai,…
  • Dimana-manapun Pesawat MH370 Boleh Mendarat Walaupun Landasan Pendek!
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com MAKLUMAT data mendapati pesawat…
  • Inilah Dia: 8 DIALOG POPULAR AZIZ SATTAR YANG MENJADI INGATAN PEMINAT SEPANJANG ZAMAN!!
    07/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com DIALOG DATUK AZIZ SATTAR DALAM…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus