Isu Cermin Gelap : Ini Pendirian Pihak JPJ!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

Isu Cermin Gelap : Ini Pendirian Pihak JPJ!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


KEMAMAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan apa sahaja keputusan sebuah bengkel mengenai hala tuju dan polisi baharu berhubung penggunaan cermin gelap di negara ini.

Menegaskan demikian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, JPJ hanyalah agensi pelaksana yang akan menguatkuasakan apa sahaja keputusan dibuat Kementerian Pengangkutan.

“Bengkel yang akan bermula (di Shah Alam) esok selama dua hari akan membuat penilaian yang wajar berhubung perkara itu (cermin gelap) merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah, dan kesihatan.

“Jika keputusannya semua orang tidak dibenarkan guna cermin gelap, kita akan kuatkuasakan peraturan itu dan jika keputusan kata semua orang dibenarkan guna cermin gelap, kita juga akan kuatkuasakannya,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 23 anggota JPJ cawangan Kemaman yang terlibat dalam bencana itu pada awal Disember tahun lalu.

Ditanya mengenai penyebaran gambar sebuah kenderaan yang kini tersebar luas di media sosial, kononnya milik beliau yang turut menggunakan cermin gelap, Ismail berkata kenderaan itu milik seorang pegawai lain.

“Gambar itu pun tidak tepat sebenarnya, kerana ia tidaklah terlalu gelap seperti yang tersebar kerana ia masih mengikut spesifikasi…30 peratus gelap di cermin depan dan 50 peratus gelap di cermin belakang (sisi).

“Mungkin disebabkan cahaya, jadi kenderaan itu kelihatan cerminnya seperti terlalu gelap, namun bagi saya ia bukanlah isu besar.

“Penggunaan cermin gelap kepada agensi penguat kuasa adalah dibenarkan atas faktor keselamatan petugas,” katanya.

Sumber: Bernama
  • Nak Tahu Dengan Lebih Dekat Siapa Kekasih Hati Felixia Yeap? Jom Baca Biodata Beliau Di Sini!
    05/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Biodata Raja Zainal Badri kekasih…
  • Jom Lihat 5 Gambar Menarik Don Mustofa, Anak Ustaz Don!
    25/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Aksi menarik dan terkini Don Mustofa, anak…
  • (2 Gambar) Kejadian Berlaku di Stesen Minyak...UNTUK KESELAMATAN SILA SEBARKAN!!
    22/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kisah ini telah dipaparkan beberapa hari…
  • Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan
    30/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang…
  • 7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia! No 3 Paling PELIK!
    19/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Tertinggal Barang di hotel adalah…
  • Ustaz Ludah Dalam Mulut Murid Darjah Tiga, Ibu Tampil Buat Laporan Polis!!
    10/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Menjadi seorang pendidik ataupun guru…
  • Menyingkap Kewujudan Dajjal
    21/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Asal-Usul Keluarganya: Dajjal adalah…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus