UPDATE Kes Polis Dirempuh Toyota Wish: Penjelasan 2 Suspek Tersebar!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

UPDATE Kes Polis Dirempuh Toyota Wish: Penjelasan 2 Suspek Tersebar!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com




GEORGETOWN: Dua peniaga hari ini menafikan dakwaan mereka terbabit dalam kes anggota Unit Rondaan Bermotosikal, Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang meninggal dunia selepas motosikalnya dirempuh kereta penjenayah di Parit Buntar, Perak 26 Mei lalu. 

Peniaga pakaian, Azhar Ramli, 40, berkata beliau berada di rumahnya di Taman Cenderawasih, Butterworth dekat sini ketika kes itu berlaku dan terkejut apabila diberitahu gambarnya tersebar meluas di laman sosial sebagai suspek yang dikehendaki polis sehari selepas kejadian. 

"Adik ipar (lelaki) saya yang beritahu. Dalam Whatsapp dan Wechat pun orang ada sebar juga. Paling menyedihkan ialah apabila pengguna facebook dan bloggers hentam, maki hamun dah ugut kami macam-macam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sementara itu, peniaga barangan lusuh Mohd Nizam Ali Hassan, 39, berkata walaupun laporan polis telah dibuat pada 27 Mei lepas gambar mereka terus dikongsi pengguna laman sosial dan masih menerima komen negatif berunsur ugutan sehingga ke hari ini. 

Beliau berkata, hidupnya kini tidak tenteram dan bimbang keselamatan keluarganya terancam apabila gambar yang tersebar turut mempunyai alamat lengkap rumahnya. 

Pada 28 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua peniaga berkenaan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu. 

Azhar dan Mohd Nizam berkata, mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan hairan bagaimana boleh dikaitkan dengan kes itu sedangkan mereka mendakwa tidak pernah memiliki kereta Toyota Wish seperti digunakan penjenayah terbabit. 

Mereka berdua turut meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat pembabitan pihak polis sendiri dalam penyiaran gambar berkenaan dan mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi sedemikian boleh didedahkan sewenang-wenangnya. - BERNAMA
  • (3 Gambar) Fesyen Felixia Yeap ABPBH 2013 yang Mengejutkan Ramai Artis #S3ksi Lain!
    24/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013…
  • Pasti Anda Rasa Bersalah Apabila Anda Tahu Kisah Sebenar Adik Syafika Ini!
    05/07/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Beberapa hari lepas, viral di facebook satu…
  • UPDATE MH370: MUNGKINKAH INI? KAPAL TENTERA LAUT AUSTRALIA KESAN 2 ISYARAT PING KOTAK HITAM
    07/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut…
  • MESTI TENGOK! TERKINI: Facebook Ibu Remaja OKU Kena HACK!
    23/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Sebentar tadi, laman…
  • TERKINI: Hukuman Yang Bakal Menimpa Ibu Remaja OKU, Lola Jika Sabit Kesalahan!
    26/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com SEREMBAN: Lolanopita Sadi, 40, ibu…
  • “Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri” - Mawar Fareeda Fanpage
    11/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Nampaknya, isu rampasan tudung fareeda…
  • Kecoh! Anak Patung Berhantu Bawah Pokok Berjaya Dirungkai Ustaz... (6 Gambar)
    08/06/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com ecoh di media sosial malam semalam dan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus