MELAMPAU! Pelajar Sekolah Menengah Di Shah Alam Dipukul Sehingga Mati Hanya Kerana......

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

MELAMPAU! Pelajar Sekolah Menengah Di Shah Alam Dipukul Sehingga Mati Hanya Kerana......

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com


Gempar apabila seorang lelaki disyaki telah memukul seorang pelajar berusia 14 tahun sehingga mati hanya disebabkan oleh bunyi bising motosikal kepunyaan remaja itu.

Dalam kejadian itu, pelajar Tingkatan Dua itu sedang menguji motosikalnya bersama dua lagi rakannya di Bestari Jaya, Hulu Selangor pada malam Ahad yang lalu .

Suspek, 30, kemudiannya telah berhadapan dengan pelajar tersebut dan didakwa memukulnya pada peha kanan dipercayai menggunakan sebatang besi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, remaja lelaki itu telah meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak .

Beliau juga berkata, polis telah mendapat maklumat berhubung insiden itu pada kira-kira jam 11.40 malam, selepas pelajar itu disahkan meninggal dunia oleh sepasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

“Kejadian itu mungkin berlaku antara pukul 9.30 malam dan 11 malam.

“Menurut keterangan doktor, pihak hospital telah menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan ambulan pada jam kira-kira pukul 10.40 malam.

“Remaja itu bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas pihak hospital telah cuba untuk menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mohd Adnan berkata, suspek telah ditahan di pondok pengawal di kilang di mana dia bekerja beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

“Pemeriksaan polis telah mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Motif di sebalik serangan itu dipercayai berpunca daripada bunyi bising yang sering dibuat oleh mangsa.

Polis juga merampas baju milik suspek dan batang besi yang dipercayai telah digunakan di dalam kejadian tersebut . 
  • MH370: POLIS AUSTRALIA KESAN OBJEK TERDAMPAR, MASIH DALAM SIASATAN. LAGI BERITA SANDIWARA AUSTRALIA?
    23/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com AUGUSTA – AUSTRALIA – Pihak polis di…
  • GEMPAR! Salinan Email Pembelian Gadget Simulator Kapten Zaharie TERSEBAR!
    19/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Rakan Maya kepada Kapten Zaharie yang…
  • BONGKAR! Sejarah Kota Melayu Melaka Yang Disembunyikan!!
    23/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Semasa seorang pengembara Itali yang…
  • APAKAH INI?? 3 Gambar Lubang Misteri Muncul Di Pintu Langit California!!
    15/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kejadian yang aneh dan pelik ini telah…
  • EKSKLUSIF! Discovery Channel cuba bongkar misteri kehilangan pesawat MH370
    18/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com EKSKLUSIF !!! Discovery Channel cuba…
  • EKSLUSIF! Luahan Hati Warga Malaysia, Ustaz Lotfi Jihad Di Syria!!
    11/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat…
  • STATUS TERKINI Misi Mencari #MH370 di Koridor Utara!
    18/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Empat Negara Masih Belum Dapat Jejaki…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus