KLIA 2: " Seperti Adegan Filem"!

Portal Perkongsian Tips, Maklumat, Info Semasa dan Berita Terkini.

Close

KLIA 2: " Seperti Adegan Filem"!

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

PETALING JAYA: Seorang pegawai bank berjaya mendapatkan semula telefon bimbitnya yang hilang sejurus sebelum menaiki penerbangan, satu pujian terhadap tindakan pantas pegawai-pegawai keselamatan di KLIA2 yang baharu dibuka.
KLIA 2: Filem Pencuri

Chris Lai (bukan nama sebenar), yang berada di lapangan terbang itu untuk kali pertama pada 12 Mei, terlupa untuk mengambil telefon bimbit yang diletakkan di dalam dulang semasa pemeriksaan keselamatan.
"KLIA2 adalah sebuah bangunan yang besar. Saya berjalan ke pintu pelepasan di Pintu 13 dan menyedari bahawa saya telah meninggalkan telefon bimbit saya.
"Ketika itu jam menunjukkan pukul 5.30 petang, hanya setengah jam sebelum penerbangan pulang saya ke Singapura dijadual berlepas,” katanya kepada The Star, Ahad.
Lai, 53, yang bekerja di Singapura, kembali ke pintu keselamatan dan memaklumkan kepada seorang pegawai tentang telefon bimbitnya yang hilang.
Empat pegawai segera datang kepada Lai dan membawanya ke pusat pengawasan untuk melihat visual di CCTV.
Walaupun terdapat banyak data dan lebih daripada 300 kamera di sekitar lapangan terbang, pasukan itu cekap mengesan visual Lai yang melalui pintu keselamatan.
Mereka juga berjaya mencari visual seorang lelaki yang mengambil telefon bimbit Lai dari dulang.
“Salah seorang pegawai mengambil gambar pencuri yang disyaki mengambil telefon pintar saya dan berkongsi gambar itu dengan rakan-rakannya melalui Whatsapp. Kemudian, apa yang saya tahu, mereka mengenal pasti lelaki itu di Pintu 3. Lelaki itu mendakwa memegang telefon bimbit saya dan telah cuba untuk mencari saya tetapi dia jelas berbohong,” kata Lai mengimbas detik-detik cemasnya.
Pegawai-pegawai bertanya kepada Lai jika dia mahu lelaki itu didakwa tetapi Lai memutuskan untuk membiarkan perkara itu kerana dia telah menemui telefon bimbitnya dan tidak mahu ketinggalan penerbangannya.
“Pasukan ini juga membantu melancarkan perjalanan saya dari Pintu 1 ke Pintu 13. Kami berlari sepanjang jalan dan mereka melihat saya sehinggalah saya menaiki kapal terbang saya.
“Ia adalah seperti adegan filem,” katanya.

Sumber:Mstar Online
  • MH370: Tenggelam di Hindia :
    24/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com "Bila tenggelam tak ramai yang mati,…
  • India Nafikan Laporan Serangan Ala 9/11 Dengan MH370 Ditujukan Ke Negara Itu!
    17/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com India menolak laporan kononnya pesawat MH370…
  • MESTI BACA!! MH370: Penutup Episod Pertama
    05/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com “Dan katakanlah telah datang…
  • KALAU JUMPA KOTAK HITAM... NAK BUAT APA?? INI RESPONS KAPTEN NIK HUZLAN!
    09/04/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com Kotak hitam pesawat penerbangan MH370,…
  • EKSLUSIF: Kenyataan Penuh MAS Pesawat MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi!
    24/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com 25/3/2014 - Malaysia Airlines dengan…
  • Tragedi MH370: HADI AWANG YAKIN PESAWAT DIRAMPAS INDIVIDU!!
    27/03/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang…
  • Isu Bergambar dengan Bendera PAS: Ini Penjelasan Sebenar Nasir Bilal Khan!!
    28/05/2014 - Comments Disabled
    Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com PETALING JAYA – Pelakon Nasir Bilal Khan…
KLIK "LIKE" Untuk Menyatakan Sokongan Anda Kepada Adik Muhammad Firdaus